20091007

SEMBILAN BELAS TAHUN PAS TIPU ORANG ISLAM KELANTAN


PERHATIAN: Artikel ini agak panjang. Saya memohon anda membacanya perlahan-lahan sehingga habis untuk mencapai klimaksnya.Tahun lepas 18 tahun PAS perintah Kelantan, tahun ini 19 tahun, tahun depan 20 tahun. Tahun ini juga 19 tahun Nik Ajis menjadi MB Kelantan. Jika ditakdirkan Nik Ajis kekal menjadi MB sehingga PRU 13 pada 2013 maka selama 23 tahun lah Nik Ajiz menjadi MB Kelantan Darul Sampah.

Rekodnya mengatasi rekod Tun Dr.Mahathir selama 22 tahun. Semasa 10-15 tahun sahaja Dr.Mahathir PM,PAS sudah macam orang gila menjerit sana-sini meminta Dr.Mahathir turun. Tetapi sekarang Nik Ajiz sudah 19 tahun,tiada seekor pun pemimpin PAS yang berani membuka mulut untuk meminta Nik Ajiz turun. Sebaliknya mereka menggunakan Ibrahim Ali untuk bersuara meminta Nik Ajiz turun.

Selasa lepas,Nik Aziz meminta Dr. Mahathir turun melawat Kelantan untuk melihat ‘pembangunan dan kemajuan’ yang dibawa oleh PAS di Kelantan selama 19 tahun memerintah Kelantan.Rujuk di sini. Kucing saya di rumah ketawa terngilai-ngilai bila mendengar apa yang Nik Ajiz cakap. Ibarat seorang bomoh kampung yang mengajak Pakar Sakit Jantung datang berubat penyakit jantung dengan bomoh tersebut. Bodoh sungguh Nik Ajiz …

Dia harus sedar siapa dirinya sebelum dia nak bercakap soal pembangunan dengan Dr.Mahathir. Ibarat langit dengan bumi. Bukan niat saya hendak merendahkan martabat beliau. Tapi, beliau sendiri yang merendahkan martabat beliau.

PAS tidak mampu mencipta pembangunan di Kelantan. PAS hanya mampu mencipta SLOGAN sahaja. Antaranya,KELANTAN NEGERI SERAMBI MEKAH, KELANTAN BUMI TADAHAN WAHYU, KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM, NEGERI KEBAJIKAN dan pelbagai slogan lain lagi.

19 tahun PAS memerintah, cuba tunjukan kepada kita satu benda yang menarik mengenai Islam yang yang dibuat atau dibina oleh PAS sebagai lambang kejayaan pemerintahan mereka yang boleh dikenang sampai bila-bila. Tidak ada satu pun kecuali SLOGAN. Maaf,kalau ada pun mungkin satu sahaja,iaitu Pintu Gerbang yang ada replika Rahal dan Al-Quran yang dibina pada tahun 90 an berdekatan dengan Masjid Muhammadi Kota Bharu. Balai Islam yang ada sekarang di Lundang bukannya dibina oleh PAS, tetapi dibina oleh Kerajaan BN yang memerintah Kelantan sebelum ini. Begitu juga dengan Kota Darul Naim dan Pasar Buluh Kubu. PAS hanya mampu tukar namanya sahaja daripada Pasar Buluh Kubu kepada Pasar Siti Khatijah.

Sepatutnya sesudah 19 tahun PAS memerintah dan sesuai dengan imej PAS yang Islamik itu sudah ada satu Kompleks Islam terbesar ,termoden dan tercanggih di Malaysia yang berada di Kelantan. Di dalam kompleks tersebut ada segala-galanya merangkumi Masjid yang cantik,Pusat Tahfiz,Pondok-pondok Pengajian Islam, Makmal-makmal kajian berkenaan Islam dan makanan halal ,Perkuburan Islam yang cantik dan tersusun dan pelbagai lagi. Inilah baru betul,bukannya cakap saja seperti tin kosong. Dalam masa yang sama tempat-tempat begini juga dapat menarik pelancong tempatan dan antarabangsa ke Kelantan.

Setakat ini pelancong tempatan jika ke Kelantan mereka hanya tahu ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor atau seberang sungai iaitu Golok atau Tak Bai. Kemudian pelancong PAS pula tertumpu ke Pulau Melaka,iaitu di Masjid atau rumah Nik Aziz. Disitu pula jadi tempat tumpuan pelancong. Kalau begitu lebih baik ambil Nik Ajiz letak dalam almari kaca dan jadikan bahan pameran pelancong PAS. Tidak perlu jadi MB lagi. Jadi bahan pameran pelancong lagi baik.

Apa yang saya hendak beritahu disini ialah, Islam memang terpinggir di Kelantan sejak di perintah oleh PAS selama 19 tahun. Hanya slogan saja yang wujud. Sebaliknya Buddha yang terbela dan bernasib baik di Kelantan.

Kelantan tidak layak digelar SERAMBI MEKAH. Sebaliknya layak digelar SERAMBI SIAM. Gambar yang anda lihat dibawah ini bukannya dirakam di Thailand,Kemboja,Myanmar atau di China. Sebaliknya di sebuah negeri yang menggelarkan negeri mereka SERAMBI MEKAH.

Saya meluangkan masa dua hari dengan menaiki motosikal Honda C 70 bapa saya meronda sekitar Jajahan Tumpat untuk merakam gambar-gambar patung-patung Buddha di Tumpat,kecuali gambar patung tidur yang saya ambil dari goggle. Yang lain semuanya saya rakam sendiri.

Saya tidak nafikan,di zaman BN memerintah Kelantan dahulu ada juga patung-patung yang diluluskan untuk dibina. Tetapi tidak melampau seperti sekarang. Hanya sekadar mengikut keperluan penduduk setempat. Sebab itu,puak-puak siam di Kelantan sukakan kepada Nik Ajiz,kerana segala permohonan mereka untuk membina kuil atau patung diluluskan. Tetapi ini tidak berlaku di zaman BN. Sebab itu puak-puak siam tidak sukakan BN.

Puak-puak siam ini berpura-pura sahaja menyokong 'Pemerintahan Islam' Nik Ajiz ,kerana mahu kehendak mereka dipenuhi. Mereka tidak ikhlas. Mana ada orang agama lain akan suka kepada agama lain habis-habisan. Walaupun sekelumit pasti ada dihati mereka membenci agama lain,kerana mereka merasakan agama mereka betul dan benar.

Jika puak-puak siam di Kelantan ini benar-benar ikhlas dan sayangkan Nik Ajiz sudah tentu tiada lagi puak-puak siam di sana yang beragama Buddha. Semuanya sudah masuk Islam,kerana sayang dan sukakan ‘Pemerintahan Islam’ Nik Ajiz. Semuanya bohong belaka. Padan muka PAS, 19 tahun ditipu oleh puak-puak siam di Kelantan. Hanya undi sahaja yang mereka tidak tipu. Dan memang itu pun yang PAS mahukan. PAS sanggup gadai apa sahaja demi undi, bangsa,tanahair apatah lagi agama.

Apa yang anda lihat dalam gambar ini hanya sebahagian sahaja. Yang besar-besar sahaja. Ratusan lagi ada tokong-tokong Buddha yang kecil-kecil yang di dalam kampung-kampung sekitar Tumpat. Lihatlah bagaimana PAS mengembangkan 'Syariat Islam' selama 19 tahun memerintah Kelantan.

Di Jajahan Tumpat penduduk Islam ada 90 % lebih. Maaf saya tidak ada angka tepat. Logikkah di kawasan yang 90 % lebih penduduk Islam mempunyai tokong mengalahkan Negara Thailand yang mempunyai 90 % lebih penduduk Buddha.

Saya difahamkan yang Jajahan Tumpat sekarang sudah digunakan semaksimum mungkin untuk pembinaan tokong. Info yang saya dapat mengatakan pembinaan tokong sekarang beralih ke Jajahan Bachok pula. Saya diberitahu bahawa sebuah tokong yang terbesarrrrrrr, lebih besarrrrrr dari yang ada di Tumpat sedang dibina di Bachok sekarang. Saya tidak mempunyai gambarnya. Kepada mana-mana pembaca yang ada gambarnya sila hantarkan kepada saya.


Tidur tak bangun-bangun
Setiap kali dia bersin,bergegar habis daripada Tumpat hingga ke Kota Bharu
Jaraknya kurang lebih kurang 1 km dengan patung duduk di atas
Yang ini pula jaraknya tak sampai 100 meter dengan tokong duduk diatas




Jika anda menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, anda dapat ,melihat dengan jelas mercutanda ini yang melambangkan 'Kelantan Negeri Serambi Mekah' & 'Bumi Tadahan Wahyu'.






Di zaman pemerintahan BN dulu,naga dan perahu ini kecil sahaja. Tetapi selepas pemerintahan PAS dibesarkan berkali-kali ganda. Samalah seperti kuil-kuil hindu di Selangor.





Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga minda anda telah terbuka dan anda tahu apa yang berlaku di Kelantan sebenarnya. Sampai bila orang-orang Islam di Malaysia terus ditipu oleh PAS ?

Akhir kalam hanya kata-kata ini yang mampu saya lafazkan,

NIK AJIZ HARUS BERTAUBAT !!!

Berpuluh tahun dia menipu orang-orang Islam di Malaysia terutamanya Kelantan.

Kepada pembaca , sudilah kiranya meninggalkan komen anda sepatah dua kata...

2 comments:

SangKunang said...

tobat laa ni ajih wehhh..

Mekanik Kereta said...

aku ingat nak berkunjung ke kelantan,dah lama tak pi dah dekat 15 tahun tak melawat kelantan dimana penduduk melayu dan islam paling ramai,tetapi lepas jumpa blog ni aku ingat nak batalkan saja le tak jadi nak pi kelantan pi siam lagi baik da!Kelantan=siam juga ,masyallah!

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com