Terus terang cakap...Des bukan seorang peguam, apatah lagi hakim yang bijak memahami bahasa-bahasa undang yang tertulis di dalam buku-buku perundangan. Bahasa yang diolah oleh mereka yang bijak pandai, memang hanya bertujuan untuk mereka-mereka sahaja. Golongan bawahan ni hanya mendengar dan cuba akur dengan segala keputusan yang diputuskan.
Tetapi, apabila terbitnya pergolakan politik di Perak, semua masyarakat seolah-olah dipaksa mempelajari semua gaya bahasa tersebut. Maka dengan itu, muncullah dengan pelbagai andaian dan spekulasi, serta penterjemahan mengikut selera sendiri.
Di sini, Des cuba mencari jawapan yang sebenar bagi memahami pertikaian makhluk-makhluk yang bergelar pemimpin di atas sana yang sibuk dengan pergolakan mencapai sesuatu yang dikatakan KUASA.
Siapa yang betul dan siapa yang salah, masyarakat di bawah masih lagi tertanya-tanya. Nizar sekarang sibuk dengan tournya mencanang-canangkan bahawa beliau masih lagi Menteri Besar yang sebenar, walaupun telah menyerahkan kunci kediaman rasmi Menteri Besar tanpa kunci kereta! Alasan beliau masih lagi Menteri Besar yang sah adalah berlandaskan beberapa ayat yang tertulis di dalam Undang-undang tubuh Negeri Perak.
If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council
Entah apa maksudnya ayat ini hinggakan ianya dijaja oleh Nizar ke merata-rata tempat beliau berceramah. Terjemahan ayat ataupun artikel di atas nampak gayanya hanya di tafsir mengikut keperluan beliau. Mengapa hanya ayat ni sahaja yang di war-warkan. Bukankah banyak lagi artikel berkenaan dengan Sultan perlu diperjelaskan. Apa yang Des ingin bertanyakan di sini adalah...
APAKAH KESALAHAN DAN KESILAPAN SULTAN PERAK YANG MEMPUNYAI KUASA DALAM BEBERAPA ASPEK PERUNDANGAN NEGERI YANG TELAH DILAKUKAN SEHINGGAKAN POLITIK NEGERI PERAK MENJADI HURU HARA?
Pada yang arif lagi bijaksana, tolonglah rungkaikan persoalan merah di atas, memang Des kurang arif, tetapi sedikit terkilan apabila suasana menjadi begitu kelam kabut dengan suasana Dewan Undangan Negerinya, Keputusan Sultan yang tidak diendahkan, dan bermacam-macam suasana lagi.
Wallahualam...
pilihan-anda.blogspot.com
No comments:
Post a Comment