20090315

Pemuda Umno edar CD insiden bersama Karpal di Parlimen

SHAH ALAM: Pemuda Umno Selangor hari ini mengedar cakera padat rakaman insiden kekecohan melibatkan beberapa Ketua Pemuda Umno dari negeri itu dengan Pengerusi DAP Karpal Singh di bangunan Parlimen pada Khamis lepas.

Ketuanya, Abdul Shukor Idrus berkata rakaman itu dapat membuktikan siapa yang sebenarnya memulakan insiden itu.

"Kekecohan itu dimulakan oleh Ahli Parlimen DAP yang nampaknya begitu agresif menunjukkan perangai buruk kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Abdul Shukor juga menjelaskan bahawa tidak ada kekasaran dilakukan terhadap Karpal sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.

"Jikalau pun ada pihak yang mengadu terkena tepis, ia hanyalah lantaran lambaian tangan oleh semua pihak dalam kekalutan yang berlaku," katanya. BERNAMA

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com