20090313

Apa kata Pakatan Rakyat Kepada Istana Kali Ini?

Penulis ingin menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda, Sultan Selangor kerana telah dengan bijaksananya menyerahkan semula isu perletakan jawatan Elizabeth Wong kepada MB Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim.

sultanselangor

Baginda Sultan Selangor bertitah bahawa pihak istana tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu politik.Adakah ini mesej kepada pihak pembangkang terutamanya PAS yang membuat onar di Perak baru-baru ini?

Khalid Ibrahim telah cuba menghindarkan diri dari membuat keputusan sendiri tentang kes Eli Wong.Jika disuruh meletakkan jawatan,maka yang rugi adalah Pakatan Rakyat dari segi kerusi mahupun kewangan setelah pilihanraya dijalankan.

Jika dikekalkan Eli Wong, persoalan moral dan kredibiliti ADUN Bukit Lanjan itu akan menjadi beban terhadap PR amnya dan PKR khususnya di Negeri Selangor.

Tindakan Seri Paduka Sultan yang meminta khalayak ramai agar terus menghentikan penyebaran gambar dan kehidupan Eli Wong adalah amat terpuji sesuai dengan kebijaksaan Baginda.Malahan, Sultan Selangor bertindak sebagai seorang ayahanda kepada Eli Wong dan menasihatkannya agar bersabar.

Tentunya membaca kenyataan Sultan Selangor ini seolah-olah pro kepada PKR dan Eli Wong.Kita tidak hairan, selepas ini, segala pujian akan diberikan kepada Tuanku oleh Pakatan pembangkang.

Tetapi, Baginda Sultan Selangor memberi amaran bahawa pihak Istana adalah “neutral” atau lebih tepat lagi “above politic”.Frasa yang Baginda berikan, tentunya menusuk kalbu lebih-lebih lagi kepada Nizar dan PAS serta penyokongnya yang menuduh pihak Istana bersifat politikal.

Selepas ini,kita akan melihat bagaimana reaksi PKR dan aparat-aparat mereka?Adakah tiba-tiba mereka akan kembali semula menyanjung Istana?

Ataupun soal hubungan dengan Istana ini bakal merenggangkan hubungan PAS dan PKR?

maharajazhou

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com