20090314

Kita Cabar Nizar Mengadap Sultan Perak Untuk Jawatan MB!

Bekas atau “Arwah” MB Perak,Nizar Jamaluddin berkata Pakatan Rakyat sekarang adalah majoriti berbanding dengan BN.Hujahnya,selepas V Sivakumar menggantung MB Perak yang dilantik oleh Sultan,Dr Zambry Abd Kadir,dan barisan exconya,BN hanya mempunyai 21 orang ADUN dibandingkan 28 orang ADUN Pakatan Rakyat.

Kononnya,Nizar boleh gulingkan kerajaan BN yang ada,tetapi pemalu.Pakatan Rakyat mengikut undang-undang dan peraturan,bukan seperti BN katanya yang merampas kuasa dengan jijik.

Jika benar seperti yang dikata,tentang betapa pemalunya Nizar dan kawan-kawan,tentulah Nizar memulangkan Kereta Camry dan rumah kediaman Menteri Besar selepas Sultan melantik Dr Zambry sebagai MB yang baru.

demomasjidubud

Nizar kata mereka ikut undang-undang dan peraturan,jadi ikut peraturan rupanya demonstrasi derhaka kepada Sultan,6 Februari lepas.

Jikalau benarlah Nizar dan kawan-kawan mengikut undang-undang,tentulah tidak berlaku perhimpunan memalukan yang memperalatkan Masjid Ubudiyyah di bawah kerahan PAS pada 6 Februari yang lepas.

Nizar dan kawan-kawannya boleh lupa, tetapi rakyat tidak lupa.Rakyat tidak boleh lupa dengan penderhakaan Nizar yang terang-terang disebutnya.Nizar terkedu kerana Mufti Perak yang banyak membela Pakatan Rakyat sebelum ini pun sudah mengatakan Nizar derhaka.

Kononnya,mengikut Mat Sabu,mungkin akan ada 17 MB (Menteri Besar bukan Megabyte) sebelum pilihanraya umum ke 13 nanti di Perak dengan kemelut yang berlaku di Perak.

mh_021

Sultan Perak menitahkan Nizar supaya meletakkan jawatan setelah hilang majoriti ataupun jawatan MB itu hilang dari tangannya secara automatik.Adakah Nizar ingin memperbodohkan pemikiran rakyat Felcra Serigala di Slim River?

Nizar dengan angkuh juga berkata:

“Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi.”

Lupakah Nizar bahawa jikalau Nizar sudah hilang majoriti,maka secara automatik jawatan itu dianggap kosong?Inilah isi penting dalam kenyataan rasmi media Istana Perak terhadap kedudukan Nizar sebagai MB Perak.Oleh itu, kepada siapa Nizar cuba berbohong?

Jika begitu yakinnya Nizar terhadap kebenaran dirinya bahawa dialah MB yang “baru mendapat” majoriti setelah tindakan Speaker menggantung MB Perak dan exconya yang sah,maka kita mencabar Nizar menghadap Sultan Perak untuk mendapatkan semula jawatannya itu!

Jika Nizar tidak malu maka pergilah menghadap Sultan setelah pelbagai onar,cercaan dan hinaan dilakukan oleh PAS dan aparat-aparat PR ke atas Sultan dan Istana Perak.

Adakah Nizar berani sebagai anak jantan dan sanggup berdepan dengan Sultan Perak?Kalau tak malu,pergilah!

maharajazhou

6 comments:

mika said...

yang kau duk sokong keling mamak jadi MB tu buat apa.

slyderrose said...

Tak ada baru dengan cabaran nie. Kita semua sedia maklum yg Sultan pasti memilih BN. Tetapi rakyat perak bagaimana?. Umno bila tersepit mengunakan Sultan sebagai talian hayat tetapi bila gah Sultan dihina dan diperlekehkan seperti 1993. Hanya umno sahaja pura-pura lupa sejarah. Kalau umno rasa rakyat perak memihak pada mereka, bubarkan sahaja DUN. Kenapa takut? Biar rakyat menentukan bukan Sultan!!

BoyDontUcry said...

Mahathir sendiri kata rampasan kuasa di Perak menyalahi undang-undang dan dibuat secara gelojoh.

Sila rujuk laporan ini.

Bangsa Cina Malaysia said...

kalau BN berani dan menyatakan ada sokongan rakyat Perak
kenapa tidak bubarkan Dun dan adakan Pilahanraya Perak serta merta.
jelas sekali BN hanya boleh menang
melalui kekerasan dan penipuan.
tetapi tak apa BN akan kalah teruk
dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Unknown said...

Knper UMNO nk nafikan hak rakyat Perak..Yg terbaik bubarkan DUN...Klulah TPM seorg yg bijiksana,knper semasa TPM mengadap sultan perak utk bentuk kerajaan HARAM BN perak,kenapa TPM tk mohon perkenan utk bubarkan DUN..klu TPM mohon perkenan bubarkan DUN perak,saya percaya dan yakin,situasi caca merba tk akn berlaku d Perak..Adakah apa yg berlaku d Perak ini,salah penyokong dan pendukong PR?????....cubalah fikir2kan....

Unknown said...

Can we the rakyat of Perak vote for our own destiny?

A simple request I believe to the HRH....

Umno dan PR tayah takutkan?

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com