20090607

Betul dah , apa yang Najib lakukan

Tahniah, betulah apa yang Najib lakukan ini, sebenarnya kita bukan menentang pembinaan jambatan baru, cuma kita menentang cara ianya mahu dibina. Kita menentang cara kuku besi Tum Mahathir yang mahu memaksa jambatan ini dibina mengikut kehendak beliau sahaja. Jika Singapura tak setuju , kita rogol saja.

Kalau tak boleh lurus kita bengkok kan . Tentu ada cara perundingan yang boleh menyelesaikan , bukan semua orang kena patuh apa cara Tun mahu . Apa yang dinyatakan oleh Najib adalah sesuatu yang bernas dan bijak. Inilah cara kepimpinan yang Kita mahu , bukan hanya memaksa mengikut apa kehendak pemimpin sahaja. Ini semua boleh dibincangkan.

Yang betul kita sokong, yang keliru kita bertanya yang salah kita tegur

~SINGAPURA 21 Mei – Akhirnya, Tambak Johor akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada jambatan baru apabila diperlukan.

Namun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tiada tempoh ditetapkan untuk melaksanakannya dan itupun selepas satu kajian menyeluruh dilakukan terhadap keperluan mempunyai jambatan baru tersebut.

Menurutnya, beliau mahu melihat peningkatan dalam hubungan serta laluan rakyat antara Malaysia dan Singapura, termasuk cadangan menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baru.

“Secara logik, kemajuan bermakna perubahan, kemajuan bermakna pembangunan, kemajuan bermakna hubungan komunikasi dan laluan pengangkutan lebih baik serta selesa antara kedua-dua negara.

“Jika itu diterjemahkan sebagai bermakna Tambak (Johor) patut diganti, maka betullah, tetapi kita tidak wajar tergesa-gesa dengan perkara itu. Kita perlu melihat dari segenap sudut, melihat sama ada kedua-dua negara setuju dengan projek berkenaan,” jelas beliau.

Perdana Menteri berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan akhbar Singapura, The Straits Times yang diterbitkan di sini hari ini.

Isu pembinaan jambatan baru bagi menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura akan turut disentuh dalam pertemuan Najib dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, esok.

Perdana Menteri ketika bercakap kepada pemberita di Johor Bahru, hari ini berkata, perbincangan itu akan diadakan dalam pertemuan empat mata dengan Hsien Loong.

“Jambatan bengkok ke, lurus ke, atas tanah atau bawah tanah, esoklah saya akan dibincangkan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Bangunan Sistem Lingkaran Pendinginan Berpusat di Kota Iskandar, Johor Bahru.

News-Walkdtalk09

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com