20090616

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1874

There are 4 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. Wayar putus – siapa yang rugi
From: anuar mohd nor

2a. CATATAN ANUAR MOHD NOR - Chin Peng – Anwar Ibrahim – p
From: anuar mohd nor
2b. Re: Dunia-Politik.blogspot.com - CATATAN ANUAR MOHD NOR - Chin Peng
From: Naja
2c. Re: Dunia-Politik.blogspot.com - CATATAN ANUAR MOHD NOR - Chin Peng
From: Ahmad


Messages
________________________________________________________________________
1. Wayar putus – siapa yang rugi
Posted by: "anuar mohd nor" anuarmohdnor@yahoo.com anuarmohdnor
Date: Mon Jun 15, 2009 8:38 am ((PDT))

APA KATA ANDA - PESAN ANDA PADA NAZRI - layari www.umno-reform2.com







Written by Webmaster
  




Monday, 15 June 2009




Dia
wayar putus – kata Nazri, merujuk kepada tindakan Nizar Jamaluddin yang
memakai songkok yang tertera bubarkan DUN Perak. Memang Nazri Tan Sri
Aziz  terkenal dengan memanggil orang dengan perkataan
sedemikian seolah-olah kutukan sedemikian akan dapat memberi loncatan
politik kepada UMNO. Ini adalah cara ortodoks – merasa puas dengan
mengutuk tetapi tidak sedar ia tidak akan membawa kebaikan kepada UMNO
dan kerajaan yang ada. Mungkin ada yang akan mengatakan putus-putus
wayar dia pun dia tetap mendapat sokongan – dan kalau di padu antara
Nazri dan Nizar dalam pemilihan siapa yang akan di terima oleh rakyat
di Perak – mungkin Nazri sendiri akan tertinggal dan tercorot ke tepi. Sebenarnya
UMNO tidak lagi boleh berharap dengan pemimpin mereka yang semacam
Nazri – mencela dan tidak mengkritik tetapi lebih puas mengutuk.
Mengkritik tindakan Nizar, adalah lebih di terima rakyat negara ini –
tetapi mengutuk – akan terus menjarakkan UMNO dengan rakyat. Menuduh
wayar putus tidak akan dapat menyambut sorakan rakyat hatta tidak akan
dapat menjana sokongan politik. Dalam keadaan kegawatan politik UMNO
tindakan harus konklusif – harus nampak bersih dan jelas. Retorik akan
mengundang penolakan dan kata-kata seperti yang di lontar Nazri tidak
akan membantu UMNO hari ini. Mungkin kepimpinan seperti Nazri inilah
antara sebab UMNO semakin tercicir. UMNO
hari ini perlu lebih "detail" dalam menolak dan mengkritik sesuatu isu.
Mengutuk akan hanya mengundang penolakan dan Nazri hanya hadir untuk
menyulitkan keadaan. Adakah ini tidak benar? Adakah kehadiran Nazri
sebenarnya di terima oleh rakyat? Mungkin kehadiran Nazri tidak akan
membantu apa yang di sebut reformasi dalam UMNO. Apa pendapat anda –
adakah sepatutnya Nazri terus kekal dalam kerajaan atau sudah sampai
masa Nazri di gugurkan. Apa kata anda?

Anuar Mohd Nor
Pengarah Institut Kajian Asas Kemasyarakatan
012-6544762
www.umno-reform2.com
www.arahkita.blogspot.com


Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2a. CATATAN ANUAR MOHD NOR - Chin Peng – Anwar Ibrahim – p
Posted by: "anuar mohd nor" anuarmohdnor@yahoo.com anuarmohdnor
Date: Mon Jun 15, 2009 7:00 pm ((PDT))

beri pendapat dan komen anda di www.umno-reform2.com







Written by Webmaster
  




Tuesday, 16 June 2009




Anwar Ibrahim BERSETUJU membenarkan Chin Peng kembali ke tanah TUMPAH DARAH nya?  Satu frasa "tanah tumpah darah"
yang agak simbolik bukan? Tanah tumpah darah siapa dan siapa juga yang
sehingga kini masih terasa asakan Komunis dan keluarga siapa yang
merintih kerana terpaksa menerima hakikat kematian – hasil pertarungan
dengan Komunis. Namun
sesuatu yang menarik perhatian adalah kenyataan Anwar Ibrahim itu
sendiri. Adakah kenyataan itu sebenarnya mahu terus menerus memancing
undi kaum lain – sekiranya benar adakah kaum Cina menyokong kemasukan
semula – Chin Peng. Adakah kaum Cina memikirkan kemasukan Chin Peng
atas dasar kemanusiaan atau sebenarnya atas dasar rasis. Adakah mereka
sedar penglibatan Chin Peng dan adakah mereka tahu – betapa keluarga
askar Melayu yang masih ada – tersinggung dengan hasrat mahu membawa
masuk Chin Peng semula? Persoalan
utama adalah - kemasukan Chin Peng – isu kemanusiaan atau isu politik?
Adakah kenyataan Anwar itu kenyataan populis yang mahu terus meraih
sokongan bangsa lain di negara ini? Kalau begitu – memang ada kebenaran
bahawa kepupusan politik Melayu berlaku, bila mana tumpuan adalah pada
kaum Cina bagi memperoleh kuasa. Kemelesetan kuasa penentu politik Melayu sebenarnya mengundang bahaya kepada Melayu itu sendiri dan Melayu harus sedar hakikat ini. Aliran keterpaksaan
ini sebenarnya sudah menular dalam Barisan Nasional dan UMNO sendiri.
Ini dapat di lihat dengan konsentrasi UMNO sebagai parti dominan Melayu
terhadap pencapaian 1 Malaysia. Penyatuan kaum adalah agenda utama
Barisan Nasional sementara UMNO tidak seharusnya tercicir dengan
perjuangan Melayu, khususnya menyatukan Melayu itu sendiri dan
pembangunan bangsa itu sendiri. Keadaan aliran keterpaksaan
ini – menurut langkah dan aliran politik sedia ada – yang menetapkan
kuasa politik sekarang sudah beralih tangan kepada kaum lain khususnya
Cina harus kita teliti dengan rapi. Kedudukan ini bukan sahaja
merugikan UMNO malah mengundang bahaya apabila kestabilan sosiopolitik
negara tergugat. UMNO perlu melihat perkara ini dengan lebih serius.
UMNO perlu juga – selain meyakinkan bangsa lain bahawa tidak wujud
diskriminasi kaum – terus memartabatkan bangsa Melayu itu sendiri. Ini
adalah penting agar UMNO tidak terperangkap dalam soal perjuangan
menentang diayah politik yang di tentukan oleh Pakatan Rakyat sehingga
Melayu sendiri mual dengan UMNO yang tidak membela Melayu.

Anuar Mohd Nor
Pengarah Institut Kajian Asas Kemasyarakatan
012-6544762
www.umno-reform2.com
www.arahkita.blogspot.com


Messages in this topic (3)
________________________________________________________________________
2b. Re: Dunia-Politik.blogspot.com - CATATAN ANUAR MOHD NOR - Chin Peng
Posted by: "Naja" putrabaling@yahoo.com putrabaling
Date: Mon Jun 15, 2009 8:35 pm ((PDT))

Syabas Tuan Haji Hadi...


________________________________
From: anuar mohd nor <anuarmohdnor@yahoo.com>
To: dunia-politik@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, June 16, 2009 10:00:42 AM
Subject: Dunia-Politik.blogspot.com - CATATAN ANUAR MOHD NOR - Chin Peng – Anwar Ibrahim – politik?

beri pendapat dan komen anda di www.umno-reform2. com
Written by Webmaster   
Tuesday, 16 June 2009

Anwar Ibrahim BERSETUJU membenarkan Chin Peng kembali ke tanah TUMPAH DARAHnya?  Satu frasa “tanah tumpah darahâ€� yang agak simbolik bukan? Tanah tumpah darah siapa dan siapa juga yang sehingga kini masih terasa asakan Komunis dan keluarga siapa yang merintih kerana terpaksa menerima hakikat kematian â€" hasil pertarungan dengan Komunis.
Namun sesuatu yang menarik perhatian adalah kenyataan Anwar Ibrahim itu sendiri. Adakah kenyataan itu sebenarnya mahu terus menerus memancing undi kaum lain â€" sekiranya benar adakah kaum Cina menyokong kemasukan semula â€" Chin Peng. Adakah kaum Cina memikirkan kemasukan Chin Peng atas dasar kemanusiaan atau sebenarnya atas dasar rasis. Adakah mereka sedar penglibatan Chin Peng dan adakah mereka tahu â€" betapa keluarga askar Melayu yang masih ada â€" tersinggung dengan hasrat mahu membawa masuk Chin Peng semula?
Persoalan utama adalah - kemasukan Chin Peng â€" isu kemanusiaan atau isu politik? Adakah kenyataan Anwar itu kenyataan populis yang mahu terus meraih sokongan bangsa lain di negara ini? Kalau begitu â€" memang ada kebenaran bahawa kepupusan politik Melayu berlaku, bila mana tumpuan adalah pada kaum Cina bagi memperoleh kuasa. Kemelesetan kuasa penentu politik Melayu sebenarnya mengundang bahaya kepada Melayu itu sendiri dan Melayu harus sedar hakikat ini. Aliran keterpaksaan ini sebenarnya sudah menular dalam Barisan Nasional dan UMNO sendiri. Ini dapat di lihat dengan konsentrasi UMNO sebagai parti dominan Melayu terhadap pencapaian 1 Malaysia. Penyatuan kaum adalah agenda utama Barisan Nasional sementara UMNO tidak seharusnya tercicir dengan perjuangan Melayu, khususnya menyatukan Melayu itu sendiri dan pembangunan bangsa itu sendiri.
Keadaan aliran keterpaksaan ini â€" menurut langkah dan aliran politik sedia ada â€" yang menetapkan kuasa politik sekarang sudah beralih tangan kepada kaum lain khususnya Cina harus kita teliti dengan rapi. Kedudukan ini bukan sahaja merugikan UMNO malah mengundang bahaya apabila kestabilan sosiopolitik negara tergugat. UMNO perlu melihat perkara ini dengan lebih serius. UMNO perlu juga â€" selain meyakinkan bangsa lain bahawa tidak wujud diskriminasi kaum â€" terus memartabatkan bangsa Melayu itu sendiri. Ini adalah penting agar UMNO tidak terperangkap dalam soal perjuangan menentang diayah politik yang di tentukan oleh Pakatan Rakyat sehingga Melayu sendiri mual dengan UMNO yang tidak membela Melayu.

Anuar Mohd Nor
Pengarah Institut Kajian Asas Kemasyarakatan
012-6544762
www.umno-reform2. com
www.arahkita. blogspot. com


Messages in this topic (3)
________________________________________________________________________
2c. Re: Dunia-Politik.blogspot.com - CATATAN ANUAR MOHD NOR - Chin Peng
Posted by: "Ahmad" ahmus@yahoo.com ahmus
Date: Mon Jun 15, 2009 8:40 pm ((PDT))


Kita Tak Nak komunis aja ditentang, tetapi Sistem kapitalis ditatang, Islam pula dikekang.

Sent from my iPhone


On Jun 16, 2009, at 11:34 AM, Naja <putrabaling@yahoo.com> wrote:


Messages in this topic (3)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com