20090612

'Saudara Husam, jika UMNO kafir bagaimana pula Pas?'

'Saudara Husam, jika UMNO kafir bagaimana pula Pas?'

MAK cik adalah warga emas berusia 63 tahun. Rahmat dan nikmat Allah terlalu murah dan melimpah di bumi yang mak cik pijak ini.

Ketenteraman dan keharmonian menjadi asas pegangan hidup kami sejak merdeka. Negara makmur dan maju di bawah Parti Perikatan yang kini Barisan Nasional (BN).

Walau pun terdapat parti-parti lawan tetapi tiada kebiadaban. Walau pun Pas bermusuhan dengan UMNO, Pas ada alasan tersendiri.

Pas mendakwa berjuang atas prinsip menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Mak cik amat menghormati dan kagum dengan Pas yang lantang mencabar parti-parti dan individu-individu yang memperlekehkan penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

Jadi tidak hairanlah jika UMNO dituduh sebagai kafir sebab berjuang bersama bukan Islam. Hanya Allah ada hak untuk mengkafir, bukan hak Pas. Astaghfirullah.

Anwar Ibrahim semasa dalam BN mengutuk keras kebiadaban Pas mengkafiri beliau. DAP juga dibidas oleh Anwar. Sekarang niat Anwar dah terbalik.

Kalau Anwar nak tumbangkan UMNO dengan apa cara pun sekarang, kita memang faham dan simpati. Sebabnya dia ada dendam terhadap parti yang hampir-hampir dia terajui. Tapi Allah Maha Mengetahui!

Soalan mak cik kepada Pas, khususnya kepada Husam Musa:

n Apa alasan yang ada pada saudara sekarang nak tumbangkan UMNO, parti yang mungkin menyumbang pada saudara?

n Kalau UMNO kafir, apakah Pas sekarang?

Kenapa ghairah sangat nak tumbangkan UMNO yang orang-orangnya Islam sedangkan Pas sekarang bukan boleh digelar parti Islam!

Pencerobohan dalam Pas dan bersekongkol dengan bukan Islam telah melemahkan perjuangan Islam itu.

Kenapa Husam, prinsip Pas boleh dimanipulasi? Kenapa musuh Pas berdekad-dekad sekarang boleh jadi teman karib? Siapa sekarang melemahkan siapa? Semua kerana kuasa!

Adakah Islam ajar kita:

n Biadab sesama kita?

n Puasa lapar?

n Kompromi prinsip kerana nak kuasa?

Kalau niat saudara murni, tegakkanlah model 'Islamic state' pada negeri-negeri di bawah Pas sekarang. Allah akan berkati saudara. Tapi kalau cakap tak serupa bikin, itupun Allah Amat Mengetahui.

UMNO - dulu, sekarang dan selama-lamanya - berjuang atas prinsip yang sama dan komponen BN adalah 'gentlemen.'

Mak cik rindukan Pas yang lantang dan mencabar parti-parti dan individu-individu yang memperlekehkan negara Islam dan amat kecewa dengan Pas yang ada kini.

Sayang sekali yang dulu musuh nampaknya menjadi penyuluh.

MAK ANI
Kuala Lumpu

1 comment:

khairi said...

SALAM KEPADA MAKCIK YG SUDAH BERUMUR 63 TAHUN TAPI MASIH XDAPAT MENGENAL PASTI SIAPA YG BAIK DAN BIADAP,SIAPA YG ISLAM DAN SIAPA KAFIR DAN MASIH LG MENYOKONG UMNO YG SEMAKIN JAUH TERSESAT..BAIK KAH UMNO YG MENANGKAP ORG TANPA BUDI BICARA DAN DISUMBAT KEDALAM ISA,KONONNYA UNTUK KESELAMATAN NEGARA,BAIKKAH UMNO YG MENGARAHKAN POLIS MENYEMBUR AIR KEPADA RAKYAT YG BERDEMONTRASI SECARA AMAN,BAIKKAH UMNO YG TELAH BANYAK MERAMPAS TANAH DAN MEROBOHKAN RUMAH RAKYAT TERMASUK MASJID SENDIRI UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN YG MEMENTINGKAN KRONINYA SENDIRI,BAIKKAH UMNO YG PEMIMPIN2 NYA SENDIRI BYAK TERLIBAT DENGAN BERMACAM SCANDAL DAN RASUAH,BAIKKAH UMNO YG SELALU MENYUSAHKAN RAKYAT DENGAN MENAIKKAN APA2 SAJE DEMI UNTUK DIRINYA DAN KRONINYA SAJE,TERMASUK MINYAK ,TAX,TAMBANG TEKSI,BAS,TOL,PEMBANGUNAN YG TERBENGKALAI DAN ROBOH DISEBABKAN PERUNTUKAN MINTAK BANYAK..GUNA HANYA SEPARUH DRP PERUNTUKAN,SEPARUH MASUK POKET,DAN ISLAM KAH UMNO YG MENGATAKAN NABI DULU SIMPAN JANGGUT SEBAB XDA PISAU GILLETT(BETULKE AKU EJA NI),ISLAMKAH UMNO YG MEMPERSENDAKAN HUDUD DENGAN MENGATAKAN PERGI KELANTAN NANTI BOLEH MAKAN SUP TANGAN,(RAMAI PENCURI KENA POTONG TANGAN COZ HUDUD),ISLAMKAH UMNO YG MENGATAKN POLITIK XBOLEH DICAMPUR DENGAN AGAMA,DAN KAFIRKAH PAS YG MANA RATA2 PEMIMPINNYA MERUPAKAN ULAMAK TERSOHOR SUATU KETIKA DULU,MALAH DISANJUNG OLEH PEMIMPIN UMNO SENDIRI,SELALU DIJEMPUT DLAM FORUM2 PERDANA,TETAPI APABILA MEREKA ISTIHAR MASUK PAS TERUS DIGAM,DIBOIKOT,SEPERTI ISMAIL KHAMUS,HARON DIN,HASSAN ALI,.XCUKUP ILMU AGAMA KAH DIAORANG NI MEMILIH PAS?SAYANG SEKALI MAKCIK YG DAH TUA NI MASIH XDAPAT BERFIKIR DAN MEMILIH YG MANA BAIK DAN BURUKNYA.MASIH MENYOKONG PEMIMPIN YG ADA ILMU TAPI TIADA RAHMAT DALAM ILMU YG DIPELAJARINYA.RATA2 AHLI UMNO TAHU PEMIMPIN MEREKA RASUAH,KRONI,DAN 1000 MACAM MASALAH LAH..TAPI MASIH TAKUT UNTUK TUKAR KERAJAAN.TAKUT PEMBANKANG XDAPAT BUAT KERJA.SAYA ORG MUDA SUDAH NAMPAK KALAU LAH PEMBANGKANG MEMEGANG PIMPINAN KERAJAAN MALAYSIA.SUDAH PASTI MALAYSIA,KHUSUSNYA RAKYAT AKAN HIDUP LEBIH AMAN,TARAF HIDUP YG LEBIH BAIK,PELUANG PEKERJAAN YG BYAK,MALAH XPERLU TUNGGU WAWASAN 2020..2015 CUKUP..INSYAALLAH..TUKAR LAH PRINSIP MAKCIK KEPADA ..UMNO-DULU..SEKARANG PAS..KINI DAN SELAMANYA..SAYA INGIN MENJAWAB PERTANYAAN MAKCIK KEPADA HUSAM..1-APA SEBAB HUSAM NAK TUMBANGKAN UMNO YG BYAK BERJASALAH KONONYA..JAWABNYA MACAMNILAH MAKCIK..KALAU ADA ORG TU BG MAKCIK MAKAN,PAKAIAN,DAN SEBAGAINYALAH,BILA MAKCIK TUA SEKARANG NI DIA SURUH MAKCIK MELACUR..MAKCIK NAK KE..MESTILAH MAKCIK MELAWANNNNN..(SORRY KASAR SKIT BAHASANYA)2-KALAU UMNO KAFIR APAKAH PAS SEKARANG..JAWABNYA PAS ISLAM LAH MAKCIK OII..BG 5 SEBAB KALAU PAS KAFIR..SIAPA KATA KITA XBOLEH MENGKAFIRKAN ORG,KALAU ORG TU XSEMBAHYANG,SALAHKAH KITA KATA DIA KAFIR?KALAU ORG TU MAKAN BABI,XPUASA,MINUM ARAK,SALAH KAH KITA KATA DIA KAFIR?KALAU ORG TU MEMPERSENDAKAN ISLAM DAN HUKUM2 ISLAM,SALAHKAH KITA KATA DIA KAFIR?SEDANGKAN DALAM ISLAM DAH ADA AYAT YG MENGATAKAN ORG YG MEMPERSENDAKAN HUKUM2 ISLAM MAKA DIA TERGELINCIR DARI ISLAM(TERGELINCIR TU MAKNANYA KAFIR LAH MAKCIK OOII..)DAN ADA LG AYAT YG MENGATAKAN PERBEZAAN ANTARA MUSLIM DAN KAFIR ADALAH SOLAT.SO..SALAHKAH KITA KATA ORG XSOLAT TU KAFIR..XKIRALAH DIA PAS KE UMNO KE..TAPI KALAU LAH PEMIMPIN TERTINGGI UMNO SENDIRI YG MEMPERSENDAKAN ISLAM..MASIH KAH LG KITA NAK MENYOKONGNYA..NAUZUBILLAH...SEDARLAH MAKCIK..JGN KITA MEMBUTAKAN MATA DAN MEMEKAKKAN TELINGA DARI KEBENARAN.SEBELUM KUBUR KATA MARI..DUNIA KATA PIIIRAH....SAMA2LAH KITA BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM,SAMADA DENGAN TANGAN,TENAGA,WANG RINGGIT,IDEA DAN TERMASUKLAH MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA MEREKA2 YG ADA KUASA(AHLI POLITIK)SEMUA INI AKAN MENDAPAT TEMPAT DAN GANJARAN DARI YG ESA..INSYAALLAH..

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com