20090626

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1879

There is 1 message in this issue.

Topics in this digest:

1. Adakah mereka curiga....
From: anuar mohd nor


Message
________________________________________________________________________
1. Adakah mereka curiga....
Posted by: "anuar mohd nor" anuarmohdnor@yahoo.com anuarmohdnor
Date: Fri Jun 26, 2009 2:38 am ((PDT))

Adakah mereka curiga....







sila komen di www.umno-reform2.com   




Friday, 26 June 2009




Adakah
penyatuan Melayu sesuatu yang di curigai oleh bangsa lain? Adakah
penyatuan bangsa lain khususnya Cina turut di curigai oleh orang
Melayu. Adakah kita masing-masing curiga mencurigai. Kenapa dan
mengapa? Adakah perjuangan Melayu akan dilihat sebagai satu ugutan
kepada kaum lain khususnya Cina? Adakah pula perjuangan Cina sebegitu
juga – di curigai oleh orang Melayu. Maka mana 1 Malaysia yang mahu di
capai. Adakah kita tidak akan dapat melihat penyatuan dalam perbezaan
atau perpaduan dalam perbezaan? Adakah kita kan terus begini dengan
sikap itu tanpa hadir semangat kenegaraan yang tinggi.
Persoalan-persoalan sebegini amat merunsingkan agenda perpaduan. Ini
juga akan memberi kesan buruk kepada keharmonian yang mahu kita capai. Kita
perlu sedar bahawa perjuangan kaum itu tidak akan luntur – agenda Cina
untuk membangunkan kaum mereka dan begitu juga Melayu dan India. Tetapi
perjuangan itu harus menuruti lunas-lunas yang telah di tetapkan.
Peruntukan perlembagaan – perkara yang berkaitan dengan kontrak sosial
serta hak yang telah di khusus perlu di hormati. Apa makna menolak
sikap rasis tetapi persoalan yang ditimbulkan mencabar peruntukan dan
hak sedia ada yang telah dipersetujui? Apakah makna perpaduan kalau
kita masih meragui dan menuntut apa yang sepatutnya tidak kita tuntut.
Apakah sebenarnya yang membatasi kita untuk menerima keadaan sedia ada
– peruntukkan yang telah di tetapkan kerana sebarang usaha
mempersoalkan hak kaum lain tidak akan membantu perhubungan yang sedia
ada. Apa
pula kalau Melayu hari ini mempersoalkan hak mereka? Pasti ada yang
bangkit mengatakan bahawa itu perjuangan rasis – yang sebenarnya tidak
melakukan sebarang diskriminasi terhadap bangsa lain. Kita perlu sedar
bahawa sekiranya kita telah akur pada satu ketetapan – perundingan –
atau satu penerimaan seperti apa yang ada dalam kontrak sosial – maka
mengikuti lunas yang telah diperuntukkan tidak sepatutnya menimbulkan
tuduhan diskriminasi. Begitu juga kalau kita mahu melaksanakan keadilan
sosial – tidak sepatutnya ukuran kesamarataan dijadikan kayu pengukur. Adakah
mereka, khususnya kaum Cina terus mencurigai kaum Melayu setelah semua
pengorbanan dilakukan? Kenapa ada persoalan yang menjurus kepada
tuntutan kesamarataan tanpa memikirkan terma dan syarat yang telah ada
– sejak menerima kaum lain menjadi saudara se Malaysia. Kita
juga perlu menekankan bahawa – usaha mempolitikkan isu ras ini pasti
meletakkan kedudukan kita dalam keadaan yang tidak stabil dan ini patut
di tolak oleh semua kita. Jangan kita melihat ada anasir yang sengaja
mempersoalkan isu ini untuk meraih sokongan kaum dalam keadaan Melayu
semakin tersisih dalam pegangan kuasa. Sebenarnya apa yang
ditulis hari ini adalah satu siri panjang dari temuduga yang pernah di
buat oleh www.therocknews.com dengan Anuar Mohd Nor.   

Anuar Mohd Nor
Pengarah Institut Kajian Asas Kemasyarakatan
012-6544762
www.umno-reform2.com
www.arahkita.blogspot.com


Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com