20081230

1,500 sertai perhimpunan pertahan hak Melayu, ISA

Gabungan NGO Melayu Malaysia hari ini menggesa Raja-raja Melayu supaya membatalkan kerakyatan rakyat Malaysia yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan menuntut supaya dipertahankan kedudukan istimewa mereka seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka membuat gesaan tersebut di perhimpunan sempena sambutan Maal Hijrah yang diadakan di Georgetown.

Kira-kira 1,500 orang - termasuk 400 kanak-kanak - dari sekumpulan 20 pertubuhan Melayu, menyertai perhimpunan selama dua jam itu yang bermula jam 9 pagi di Polo Ground, di luar Sri Mutiara - kediaman rasmi Gabenor Pulau Pinang.

Kira-kira 50 anggota polis berpakaian seragam dan berpakaian biasa, ditempat untuk mengawasi perhimpunan tersebut.

Di akhir perhimpunan itu, para pemimpin gabungan tersebut yang diketuai presidennya, Md Radzi Daud, menyerahkan memorandum kepada Gabenor Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Memorandum tersebut diterima oleh seorang pegawai kanan di Sri Mutiara, Sahul Hamid.

Dokumen tersebut juga menggesa rakyat Malaysia supaya mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara, memberi immuniti kepada raja-raja serta mempertahankan ISA bagi melindungi keselamatan negara.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com