20081230

Kumpulan Qadiani Selayang dakwa JAIS enggan jumpa...

Kumpulan ajaran Qadiani di Kampung Nakhoda, Selayang mendakwa, pihak berkuasa agama, khususnya Jabatan Agama Selangor (JAIS), tidak mahu menemui mereka berhubung fatwa pengharaman ajaran kumpulan tersebut, yang turut dikenali sebagai ajaran Ahmadiyah.

ainul yakin ahmadiyah spokerperson dec 30 2008Oleh itu, Jurucakap Jemaah Ahmadiyah Muslim Malaysia, Nurul Yakin Mohd Zain berkata, pihaknya tidak dapat memberi penjelasan sebenar berhubung pengharaman tersebut.

Katanya, fatwa pengharaman kumpulan itu dibuat tanpa mendapatkan sebarang penjelasan dari mereka.

"Ia menyebabkan orang memandang serong kepada pengikut dan ajaran Qadiani, sehingga ada yang mendakwa kumpulan itu sesat," katanya kepada Malaysiakini.

Nurul Yakin berkata, usaha kumpulan itu untuk menemui pegawai JAIS tidak pernah berjaya walaupun sudah berusaha beberapa kali.

"Mereka mengamalkan dasar tutup pintu kepada kami...mereka juga tidak datang ke tempat kami di Kampung Nakhoda, Selayang untuk melihat sendiri apa yang kami lakukan.

"Bukan sahaja kegiatan agama tetapi kami juga melakukan kegiatan amal dan kemasyarakatan, termasuk menderma organ tetapi ini semua tidak diambil kira," katanya.

Awal bulan ini, sekumpulan pegawai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan secara lisan kepada pengikut ajaran itu supaya menurunkan logo itu dari bumbung bangunan milik kumpulan itu di Kampung Nakhoda.

Kerajaan Selangor juga dilaporkan ingin mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut, termasuk merampas tanah milik kumpulan itu, kerana menukar rumah kediaman kepada tempat beribadat.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut enggan menanggalkan logo kalimah Allah di bangunan miliknya di Kampung Nakhoda.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com