20081211

Ibrahim Ali nak lompat ke Umno balik?

"DIA nak masuk UMNO balik," itulah gurauan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali.

Gambar ini dirakam tatkala Perdana Menteri meluangkan masa menikmati nasi lemak bungkus bersama-sama dengan Ahli Parlimen di ruang rehat Ahli Parlimen hari Khamis.

Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sehingga tengah malam, merupakan hari terakhir perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2009.

Kalangan Ahli Parlimen perlu menunggu sehingga ke akhir persidangan kerana perlu meluluskan rang undang-undang tersebut.

Tidak terkecuali, Perdana Menteri juga turut sama-sama berada di Parlimen.

Apabila menjelang 9.00 malam, tumpuan bukan di dalam Dewan Rakyat tetapi di ruang rehat Ahli Parlimen apabila Abdullah meluangkan masa bersama-sama beberapa orang Ahli Parlimen menikmati nasi lemak.

Menariknya, Ibrahim yang turut sama menjamu selera menyerikan suasana dengan jenakanya walaupun di dalam Dewan mereka berbahas dalam suasana yang agak ‘panas’.

Lebih menarik sebelum beredar masuk ke dalam Dewan, Ibrahim bersalam dengan Abdullah dan berbisik sesuatu kepada Perdana Menteri. / Agendadaily


Gambar ini dirakam tatkala Perdana Menteri meluangkan masa menikmati nasi lemak bungkus bersama-sama dengan Ahli Parlimen di ruang rehat Ahli Parlimen hari Khamis


Lebih menarik sebelum beredar masuk ke dalam Dewan, Ibrahim bersalam dengan Abdullah dan berbisik sesuatu kepada Perdana Menteri


Apa yang lucu sangat tu bang brahim?

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com