20081230

Hina Nabi: Pemuda Umno buat laporan polis

Pergerakan Pemuda Umno Maran, membuat laporan polis mengenai sebuah laman blog yang menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata pihaknya menerima laporan tersebut Sabtu lalu, lapor Bernama

Menurutnya, laporan itu dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Maran, Hairul Amin Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran pada jam 3.45 petang.

"Sabtu lalu kita ada menerima laporan pertama yang dibuat di Pahang berhubung kewujudan laman blog menghina Nabi Muhammad SAW dan kita akan siasat perkara ini," katanya kepada pemberita di Kuantan.

Menurutnya, ia merupakan laporan pertama mengenai laman blog tersebut dibuat diterima oleh polis Pahang.

Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap laporan yang dikemukakan Hairul Amin mengikut Akta Hasutan.

Pada 27 Disember lalu, sebuah akhbar mendakwa terdapat sebuah laman blog, yang kononya milik seorang wanita Melayu, yang dikesan melemparkan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W dan menggunakan gambar dan lukisan.

Laporan itu juga menyebut, selain penuh dengan tohmahan, artikel tersebut turut disertakan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan memburuk-burukkan Nabi Muhammad S.A.W.

Sementara itu, Timbalan Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pasti beberapa lelaki yang disyaki terlibat dalam penulisan serta penyiaran artikel dan gambar menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah laman blog.

Katanya, siasatan mendapati laman blog berkenaan menggunakan server komputer di luar negara.

"Kita mendapat tahu laman blog itu menggunakan server dari luar negara dan bukan di Malaysia. Ini merupakan satu tugas yang sukar tetapi kita akan cuba yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan beret kepada 48 pelatih kursus asas 69 Komando dan Unit Tindakan Khas yang tamat latihan di Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Perak.

Sabtu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan mengenai artikel berkenaan yang dipaparkan dalam sebuah laman blog menggunakan nama seorang wanita Melayu. Wanita berkenaan telahpun menafikan pembabitannya.

Ismail berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sedang bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan pihak terbabit.

Sebelum ini, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pula dilaporkan berkata, wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa, laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.

Ahmad Shabery berkata wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau beberapa minggu yang lalu dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.

1 comment:

Suraya said...

Blog baru....

adibahahmed.blogspot.com

Jom FLAG!

Lepas Adibah Ahmad, keluar lah pula blog Adibah Ahmed! Aduhai...

Short Talk

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com