20081216

KT penting bagi masa depan Umno lepas dimalukan di P. Pauh

KT: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini amat penting sebagai bukti menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lalu.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyifatkan kemenangan di Kuala Terengganu kelak sebagai sesuatu yang amat penting untuk masa depan Umno.

'Kita mesti menang sebab kita nak jadikan kemenangan ini sebagai satu titik permulaan BN dan Umno untuk bangkit daripada kekalahan di Permatang Pauh,' katanya ketika berucap pada majlis penutup Pemukiman Umno Terengganu dan pelancaran jentera pilihan raya kecil Kuala Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini, lewat kelmarin.

Datuk Seri Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata kemenangan yang bakal diraih oleh BN itu juga merupakan satu isyarat kepada semua pihak bahawa rakyat memilih sebuah parti yang boleh membela hidup dan masa depan mereka.

'Kita nak bagi isyarat yang jelas kepada negara dan satu dunia yang rakyat negara ini memilih BN sebagai parti mereka,' katanya.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail Razali, penyandang kerusi itu, pada 28 November lalu.

Datuk Seri Najib juga berkata calon BN bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu akan diumum minggu depan.

'Presiden (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) sudah serahkan pada saya untuk umum (calon). Insya-Allah, bila saya datang minggu depan (saya akan umumkan).

'Minggu ini tak nak umum calon sebab agenda kita adalah (melancarkan) jentera pilihan raya,' katanya lagi.

Sementara itu, Datuk Seri Najib mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan kerajaan negeri Terengganu untuk menubuhkan Lembaga Pelaburan Terengganu dengan dana permulaan bernilai RM10 bilion.

Menurutnya, persetujuan itu dicapai pada mesyuarat kabinet kelmarin yang menggambarkan kerjasama erat kerajaan pusat dan kerajaan negeri Terengganu bagi menjamin masa depan rakyat negeri itu.

'Pada prinsipnya, cadangan ini telah pun diluluskan oleh jemaah menteri pada mesyuarat semalam,' katabeliau kepada pemberita selepas majlis penyerahan bayaran royalti minyak enam bulan kedua 2008 di Stadium Negeri di sini kelmarin.

Pada majlis itu, Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan, menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. -- Bernama, Berita Minggu


Kita nak bagi isyarat yang jelas kepada negara dan satu dunia yang rakyat negara ini memilih BN sebagai parti mereka - Najib

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com