20081230

Isu babi: NGO Melayu mahu serah memo pada Hadi

Tiga NGO berteraskan Melayu akan menghantar memorandum kepada Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang malam ini berhubung isu penternakan babi di Melaka.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengepalai rombongan 800 penyokong yang turut terdiri daripada Gerakan Graduan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam (PPIM), untuk menyerahkan memorandum itu ketika presiden PAS itu menghadiri program anti-ISA di Stadium Bandar Baru Bangi malam ini.

Mereka juga berhasrat untuk menyerahkan memorandum yang sama kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini. Bagaimanapun, ketua pembangkang kini berada di luar negara.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan parti-parti pembangkang malam ini mengadakan Majlis pelancaran kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang gagal disempurnakan bulan lalu.

Berbeza dengan program bulan lalu, kali ini pihak penganjurnya telah mendapatkan permit polis.

pig issues in malaccaMinggu lalu, empat replika babi yang dibuat daripada kertas, dibakar di perkarangan Hotel Samudera Resort Riverside, Masjid Tanah sebagai membantah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggantung kepala babi pada kain rentang Pewaris.

Timbalan presiden Pewaris, Rahimudin Md Harun dilaporkan berkata, tindakan membakar replika haiwan tersebut bertujuan mendesak kerajaan Melaka memindahkan kawasan ternakan haian itu ke kampung penduduk Cina.

Berbasikal serah memo

Beliau juga dilaporkan berkata, sekiranya isu tersebut tidak diselesaikan, pihaknya akan membawa satu replika babi ke perhimpunan Umno Mac depan.

Di samping itu, katanya, Pewaris juga akan menuntut pemimpin PKR dan PAS supaya berusaha menghapuskan ternakan babi di kawasan berkenaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Rahimudin berkata, keputusan menyerahkan memorandum itu dibuat atas dasar kedua-dua pemimpin berkenaan merupakan "pemimpin Islam yang ada suara dan boleh mempengaruhi keputusan kerajaan".

Selain itu, katanya, 30 orang akan berbasikal menghantar memorandum itu daripada Masjid Bandar Baru Bangi, tidak jauh daripada tempat pelancaran program anti-ISA itu.

Rahamudin menafikan kehadiran mereka akan mengganggu majlis dan mencetuskan keadaan tidak tenang kerana perkara itu telah dimaklumkan terlebih dahulu melalui surat rasmi kepada kedua-dua tokoh pembangkang berkenaan.

"Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) boleh hantar memorandum dalam majlis yang dihadiri 50,000 orang tidak ada apa-apa, majlis ini pun Insya-Allah (berlangsung aman).

"Kita datang cara baik. Kita datang bukan hendak gaduh," katanya.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com