20081216

V6 baru 2 thn, S'gor gatal nak bazir wang rakyat tukar Camry

Who cares…????

Agaknya itulah yang tersirat dalam benak kepala MB Sgor serta kuncu-kuncunya yang bergelar Exco!

Beberapa dada akhbar beberapa hari yang lepas melaporkan kerajaan negeri Selangor akan teruskan juga dengan keputusan untuk membeli kenderaan rasmi untuk Exco Selangor dan jenis kenderaan pilihan mereka ialah Toyota Camry bernilai sekitar RM168,000 sebuah.

Sepanjang zaman pemerintahan BN di negeri Selangor dan hampir seluruh negara, kereta rasmi buat Yb Yb bergelar Exco selama ini menggunakan Proton Perdana V6. Difahamkan juga, kesemua kereta rasmi Perdana V6 Exco Selangor baru berusia 2 tahun. Kalau diambil kira prinsip perakaunan mudah, mana mana susut nilai aset [asset depreciation], ianya akan mencapai “book value” apabila usia aset tersebut lima [5] tahun. Disini, jelas bahawa keputusan untuk menukar kereta rasmi Exco menjuruskan kepada pembaziran wang rakyat! Rakyat Selangor!

Baru baru ini dalam sidang Dewan Rakyat, Azmin Ali bangun dan berhujah bahawa segala musibah yang menimpa penduduk di Bukit Antarabangsa berpunca daripada kecuaian kerajaan BN Selangor kerana tidak memantau projek pembangunan hartanah dilereng lereng bukit. Jelas bahawa pimpinan PKR cukup bijak untuk menuding jari dan tidak mahu mengambil tanggungjawab langsung. Kaitannya dengan isu kereta rasmi Exco yang baru ialah, apabila Khalid Ibrahim kini membuat keputusan tanpa mengambil kira keputusan yang sudah dibuat oleh kerajaan BN Selangor sebelum ini….

Dalam beberapa posting Blogsmater yang lepas, sudah diceritakan satu persatu tindak tanduk Khalid Ibrahim yang seakan akan sengaja mahu menguji kesabaran rakyat Selangor. Malah sewaktu menulis isu pengawalan jualan arak di Selangor, Blogmaster ada meramalkan akan ada lagi, dan lagi, dan lagi… isu serta keputusan Khalid yang mengundang kontrovesi….

-medan info kita

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com