20081211

BN 'meeting' bincang strategi pertahan KT, tambah majoriti

PUTRAJAYA: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) petang ini akan menumpukan kepada strategi dan persiapan awal pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata: "Antara agendanya ialah tentang strategi apa yang patut dilakukan dan bagaimana untuk mendapat majoriti lebih baik daripada 628 undi pada pilihan raya umum lalu."

"Kita juga mempunyai strategi tertentu untuk memastikan petugas hanya memberi tumpuan kepada kempen pilihan raya kecil dan bukan ambil kesempatan raih sokongan untuk pemilihan parti," katanya kepada pemberita pada majlis korban sempena sempena Hari Raya Aidiladha peringkat Parlimen Putrajaya di sini semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Januari sebagai hari penamaan calon manakala pengundian diadakan pada 17 Januari jika ada pertandingan.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu terpaksa diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen kawasan itu, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas.

Razali, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran mengekalkan penguasaan kerusi BN, apabila memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,934 undi) dan calon bebas, Maimun Yusof (685 undi).

Mengenai calon yang bakal dipilih, Tengku Adnan berkata ia akan diumumkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam masa segera selepas meneliti beberapa kriteria tertentu yang diguna pakai selama ini.


Antara agendanya ialah tentang strategi apa yang patut dilakukan dan bagaimana untuk mendapat majoriti lebih baik daripada 628 undi pada pilihan raya umum lalu

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com