20081216

SELEPAS 16 SEPT?

Sejak sekian lama menyimpan hasrat untuk menukil sedikit sebanyak mengenai perkembangan politik tanah air, akhirnya kesempatan dapat juga diperolehi. bukan apa, akhir-akhir ini sibuk dengan urusan pembelajaran dan peperiksaan yang semakin lama semakin 'meloyakan' (kononnya sibuk?). huhu.. walaupun begitu, fikiran tidak lepas dari terus memikirkan dan membuat analisis yang termampu sebagai manusia yang cetek ilmu.. segala ulasan hanya sekadar pandangan peribadi insan kerdil berkenaan suatu perkara yang luas dan kompleks di negara sendiri..


16 Sep terkubur?


Sejak azam Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menjatuhkan cengkaman pimpinan BN peringkat persekutuan dan digantikan dengan gembelingan kuasa Pakatan Rakyat untuk memerintah pada 16 Sept lepas menemui kegagalan, lanskap politik negara sedikit sebanyak berubah.. langkah sesuai yang difikirkan mampu merealisasikan harapan dan cita2 itu adalah melalui perpindahan Ahli-ahli Berhormat (MP) BN ke pakatan pembangkang, di mana hanya lebih kurang 30 kerusi Parlimen diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru dengan majoriti mudah. MPs ini yang kebanyakannya dari seberang Laut China Selatan iaitu Sabah dan Sarawak dikatakan telah memberikan sumpah bertulis kepada DSAI bahawa mereka tetap akan berhijrah beramai-ramai sebagaimana yang telah diputuskan melalui sesi-sesi perbincangan tertutup antara mereka dengan utusan-utusan DSAI. tidak tahulah pula apa janji-janji manis yang diberikan wakil-wakil ini kepada mereka sebagai sagu hati sanggup 'bertukar tuan'.. DSAI menegaskan bahawa tiada sebarang janji yang ditawarkan sama ada berbentuk jawatan ataupun kewangan, perpindahan yang akan dibuat Ahli-ahli Berhormat ini adalah ikhlas demi keadilan dan mahukan perubahan.. kononnya.. namun tiada saipa yang dapat memastikan kesahihan ini, kerana dalam politik apa pun boleh berlaku.. ingatlah di sebalik char koew tew mungkin ada udang galah! hehe..


Setelah beberapa bulan DSAI menjaja isu ini dalam kebanyakan ceramah beliau di seluruh negara bahawa tarikh 16 Sep tetap akan berlaku, namun ia akhirnya menjadi menjadi isu bulian BN yang tersenyum sinis memperli angan-angan DSAI seumpama Mat Jenin.. namun sebenarnya, BN sendiri yang bertunjangkan UMNO kecut perut kalut juga memikirkan langkah-langkah yang patut dimbil kerana walaupun mereka yakin ia takkan berlaku, rasa gerun gemuruh tetap ada apabila memikirkan jawatan yang dipegang boleh terlepas dari tangan jika peralihan kuasa benar-benar terjadi. sebab itulah secara tiba-tiba MPs yang dianggap 'larat' untuk 'melompat-lompat' ini telah dikerah 'dihalau' keluar negara kononnya untuk menambah ilmu dada berkaitan pentadbiran di negara orang.


Alangkah ajaib, lawatan pula dilakukan secara tergesa-gesa tanpa perancangan dan bertepatan pula dengan tarikh suara rakyat suara keramat 16 Sep.. pun begitu dengar khabarnya DSAI tetap menghantar wakil ke sana dengan harapan ada kalangan MPs ini yang menghantar surat 'lompat pagar' dari negara Taiwan!

SELANJUTNYA DALAM : http://lembahbujang.blogspot.com/

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com