20081209

Laporan Utusan Malaysia menyeleweng, PAS Selangor kesal

Mohd Khalil Abdullah, Harakah

PAS Selangor kesal dengan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR,DAP" (bertarikh Sabtu, 6 Disember 2008) yang sesungguhnya tersasar dan menyeleweng sama sekali dari kenyataan sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, di dalam sidang media PAS Selangor yang diadakan pada hari Jumaat 5 Disember, 2008 lalu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, di dalam sidang media berkenaan Dr Hasan tidak pernah menyebut bahawa PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"Malah beliau menegaskan dalam sidang media berkenaan bahawa PAS tidak terpinggir dan sebarang anggapan sebegitu tegas beliau sebenarnya dimanipulasi oleh Barisan Nasional untuk menggugat kerjasama baik antara PAS, DAP dan KeADILan di Selangor,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya,Dr Hasan juga tidak pernah menyebut bahawa kadang-kala PAS terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti iaitu untuk menegakkan syiar Islam semata-mata kerana mahu mengambil hati KeADILan dan DAP sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"Malah yang sebenarnya beliau telah menggariskan dengan jelas bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak-ansur dalam hal-hal berhubung Islam dan kepentingannya di Selangor,"katanya.

Katanya,PAS Selangor merasakan bahawa pihak Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab sehingga terlanjur mengeluarkan laporan yang sedemikian rupa yang mencerminkan rendahnya nilai profesionalisma di dalam akhbar berkenaan.

"PAS Selangor beranggapan laporan tersebut berunsur jahat kerana tidak ada mana-mana pihak dari media arus perdana yang turut hadir dalam sidang media berkenaan membuat laporan seperti itu di akhbar-akhbar mereka.

"PAS Selangor ingin menasihatkan pihak Utusan Malaysia agar lebih berhati-hati dimasa-masa yang akan datang dan tidak lagi mengorbankan etika dan profesionalisma kewartawanan ketika membuat laporan sebagaimana yang berlaku ini,"jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, dalam pada itu PAS Selangor akan terus mengadakan sidang media setiap dua minggu sekali bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor dan seluruh masyarakat Malaysia mendapat maklumat terus darihal peranan dan perkembangan PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com