20081202

Maznah: Jangan ketepikan akar umbi

Ketua Wanita Umno Jerlun, Datuk Maznah Abdul Hamid menasihatkan pimpinan tertinggi pergerakan itu supaya mengambil kira pandangan ahli akar umbi dan mengutamakan kebajikan mereka dalam membuat sebarang berhubung peralihan kuasa.

Bekas exco Wanita itu berkata, ini kerana ahli akar umbi yang akan mengundi mereka dalam pemilihan parti itu Mac depan.

maznah mazlan"Apakah mereka sudah lupa dengan perwakilan di seluruh negara? Apa jua perubahan yang hendak dibuat harus melibatkan orang yang nak undi mereka (akar umbi).

"Jangan lupa orang yang nak undi mereka pada Mac nanti. Sepatutnya Tan Sri Rafidah Aziz berbincang dalam mesyuarat exco dan dia panggil ketua-ketua wanita sebab peralihan kuasa bukan perkara kecil, bukan boleh buat main-main.

"(Peralihan kuasa) perlu diperhalusi dan dikaji. Ini tak tanya, terus umum," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selepas selesai mesyuarat bahagian awal bulan lalu, Rafidah mendapat sebanyak 117 pencalonan untuk mengekalkan jawatan ketua Wanita, manakala Shahrizat mendapat 73 pencalonan.

Ini diikuti dengan desakan sesetengah pihak dalam pergerakan itu yang mahu pelan peralihan kuasa dalam pergerakan itu dipercepatkan kepada bulan Mac depan, sama dengan peralihan pucuk pimpinan, Pemuda dan Puteri Umno.

Malah, sehari sebelum mesyuarat exco Wanita diadakan awal bulan lalu, Shahrizat sendiri telah mengeluarkan kenyataan meminta Rafidah menimbang untuk mempercepatkan peralihan kuasa dalam pergerakan itu dari Jun kepada Mac depan.

Reaksi akar umbi

Bagaimanapun, mesyuarat exco Wanita keesokannya membuat ketetapan bahawa peralihan kuasa pucuk pimpinan pergerakan itu dikekalkan pada bulan Jun dan jawatan ketua dan naib ketua tidak akan dipertandingkan.

Dan pada Jun tahun depan, Datuk Seri Shahrizat akan memangku jawatan ketua sehingga pemilihan akan datang.

Keputusan pencalonan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan pemimpin Wanita-wanita negeri, bahagian dan akar umbi seluruh negara sehingga ada exco mendakwa pelan peralihan kuasa tidak dibincangkan dalam perjumpaan pergerakan itu.

Shahrizat kemudiannya mengumumkan bahawa beliau akan bertanding mencabar Rafidah bagi jawatan ketua Wanita Umno.

Menurut Maznah lagi, punca kekusutan yang berlaku adalah disebabkan tidak ada penjelasan yang tepat dan terperinci berhubung peralihan kuasa tersebut sehingga menyukarkan ketua-ketua Wanita ngeri menjelaskannya kepada akar umbi di negeri masing-masing.

"Kami tak tahu bagaimana nak beritahu ahli-ahli," kata Maznah

Akibat tiada penjelasan yang tepat dan jelas, katanya, maka bahagian-bahagian yang bermesyuarat bulan lalu, telah mencalonkan Shahrizat untuk bertanding jawatan ketua wanita.

"Kami mahu ketua, kami tak mahu pemangku ketua," tambahnya.

Pelan peralihan

Maznah mendakwa kemungkinan besar keputusan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Rafidah adalah hasil perbincangan dengan "orang-orang yang rapat dengannya" sedangkan "tiga perempat" daripada exco tidak tahu apa yang berlaku.

Rafidah mengumumkan pelan peralihan kuasa itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang disaksikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyebabkan ramai exco terkejut.

Perbincangan di kalangan "orang-orang rapat dengannya" tidak dianggap berbincang dengan exco, tambah Maznah.

Sebaliknya, ketua Wanita Umno Jerlun itu, berkata peralihan kuasa pergerakan itu sepatutnya mengikut cara langkah pelan peralihan kuasa antaraAbdullah dengan Najib.

"Mereka berbincang tiga atau empat kali dengan Majlis Tinggi (MT) sebelum membuat capai keputusan," katanya.

Peralihan pucuk pimpinan Umno itu yang pada asalnya dirancang pada Jun 2010, dipercepatkan pada Mac 2009.

Menurut Maznah, perkara itu telah yang mendapat liputan media dan membuatkan orang ramai dan ahli akar umbi tidak terkejut dengan peralihan kuasa tersebut.

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul masalah mungkir janji atau cepat melenting sekiranya penjelasan tentang peralihan kuasa tadi dibuat secara jelas.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com