20081204

Najib tidak semestinya PM, Abdullah masih berminat?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu bahawa wujud desas-desus bahawa walaupun Dato' Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Presiden Umno,tidak semestinya beliau akan jadi Perdana Menteri malah dikatakan dikatakan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi masih berminat meneruskan jawatan Perdana Menteri.

Situasi itu katanya tidak mustahil akan berlaku jika diambil kira sikap pemimpin dan ramai ahli Umno yang tidak akan menentang Abdullah kerana amat selesa dengan kepimpinan beliau dan mendapat 'nikmat' tertentu darinya.

Sebelum itu, Mahathir menjelaskan dalam laman blognya bahawa adalah satu tradisi sahaja Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional menang dan menjadi parti yang terbesar dalam Parlimen sedangkan katanya jika diberi kepercayaan oleh majoriti ahli Dewan Rakyat, yang bukan Presiden Umno dan Pengerusi BN juga boleh jadi Perdana Menteri.

"Dalam parti-parti lain di Malaysia terdapat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak terdiri daripada Presiden parti. Demikian juga Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS, yang menjadi Menteri Besar ialah Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Dalam DAP sementara pemimpin besarnya ialah Lim Kit Siang tetapi dia tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Keadaan yang sama terdapat dalam parti Keadilan di Selangor. Bahkan jika ketua Pakatan ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, dia tidak mengetuai mana-mana Kerajaan yang dikuasai oleh Pakatan," katanya dalam blognya itu.

Dalam pada itu, beliau mendakwa bahawa Umno sudah jadi parti pimpinan ramai perasuah dan jika Umno menang bersama BN, maka yang bakal memerintah Malaysia ialah orang yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri melalui rasuah.

"Dan mereka ini tetap akan amalkan rasuah dalam Kerajaan untuk dapat balik "pelaburan" mereka dan lebih daripada itu.

"Jika rakyat Malaysia ingin elak daripada nasib buruk ini menimpa negara, rakyat perlu beritahu UMNO dan kepimpinannya awal-awal lagi iaitu rakyat akan tolak UMNO jika orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah dipilih sebagai pemimpin UMNO pada pemilihan Majlis Tertinggi Mac 2009," katanya.-Hrkh _

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com