20081202

Obama dijangka lantik Hillary Clinton Setiausaha Negara




Obama dijangka lantik Hillary Clinton Setiausaha Negara


WASHINGTON: Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden baru Amerika Syarikat (AS) sebulan lalu, dijangka mengumumkan pelantikan beberapa jawatan penting hari ini, termasuk Senator Hillary Clinton sebagai Setiausaha Negara.

Obama, yang dijadual mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 bulan depan, akan mengumumkan calonnya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Peguam Negara, Setiausaha Keselamatan Dalam Negara dan Setiausaha Negara pada sidang media di Chicago.


Calon pilihan Obama untuk mewakili AS di PBB ialah Susan Rice, penasihat dasar luarnya ketika kempen pemilihan lalu manakala peguam Eric Holder yang telah membantu beliau dalam pemilihan calon gandingan Naib Presiden pula akan mengetuai Jabatan Peguam Negara.


Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dijangka diketuai Gabenor Arizona, Janet Napolitano.


Obama juga dijangka mengekalkan Robert Gates sebagai Setiausaha Pertahanan, salah seorang anggota dalam Kabinet Presiden George W. Bush dari Republikan.


Minggu lalu Obama telah menamakan pasukan ekonominua termasuk Timothy Geithner, Presiden Federal Reserve Bank of New York sebagai Setiausaha Perbendaharaan,


Obama belum menamakan penasihat-penasihat perisikan, kata seorang pegawai Demokratik.

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com