Tan Sri Rafidah Aziz hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa beliau akan menarik diri daripada mempertahankan jawatan ketua Wanita Umno Mac ini.
"Mengarut...," katanya ketika ditanya mengenai perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Wanita Barisan Nasional di ibunegara hari ini.
Khidmat SMS oleh sebuah akhbar arus perdana hari ini, menyebut terdapat khabar angin bahawa Rafidah akan menarik diri kerana mengalami sakit lutut.
Rafidah pernah menjalani pembedahan pada lututnya pada tahun 2004.
"Otak yang tidak berjalan, akan berfikir macam-macam..," tambahnya.
Rafidah akan dicabar oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam pemilihan jawatan ketua Wanita Umno Mac depan.
Shahrizat memutuskan untuk bertanding jawatan tersebut selepas menolak pelan peralihan kuasa pada Jun 2009 yang dicadangkan oleh Rafidah.
Selepas selesai mesyuarat bahagian, Rafidah mendapat 117 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya itu.
Manakala Shahrizat pula mendapat 73 pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Wanita.
No comments:
Post a Comment