20081202

Reformasi Anwar Tajaan Amerika





Reformasi Anwar Tajaan Amerika


Oleh Yahaya Ismail

Nah, kini jelas dan terang kepada seluruh rakyat yang cinta damai bahawa reformasi yang dilaung-laungkan Anwar dan juak-juaknya yang terdiri daripada golongan muda, remaja dan anak-anak kecil yang buta politik rupa-rupanya didalangi Amerika. Rupa-rupanya ada tangan asing yang kotor di belakang poster-poster mereka yang anti Mahathir dan yang belakang poster-poster mereka yang anti Mahathir dan yang menjaja nama Anwar. Rupa-rupanya ratusan anak muda yang majoritinya dari bangsa Melayu beragama Islam ini sanggup menjadi alat Amerika dan Yahudi yang di belakang Amerika itu untuk mempertahankan kemungkaran yang dilakukan oleh seorang pejuang Islam nombor tidak wahid lagi! Inilah gerakan reformasi yang kononnya memperjuangkan demokrasi, anti kronisme, anti nepotisme, yang pro Islam tetapi menjadi alat Amerika!

Inilah jenis manusia dan pengikut-pengikut yang buta mata hati yang sanggup mempertontonkan poster-poster meminta Clinton, Al Gore dan Madeline Albright menghancurkan Mahathir! Inikah manusia yang dianggap patriot oleh Wan Azizah yang sanggup mengibas kain meminta bantuan asing untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih rakyat?

Janganlah menipu anak-anak muda dan para pelajar yang masih buta politik memperjuangkan yang batil dan masih buta politik memperjuangkan yang batil dan yang masih buta politik memperjuangkan yang batil dan mungkar yang dilakukan oleh suamimu itu. Bukankah mengemis bantuan asing untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dianggap sebagai pengkhianat negara? Apakah anda semua tidak berasa malu meminta sokongan Amerika untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat? Apakah anda tidak sedar bahawa perbuatan anda itu menjadi momokan dan kebencian majoriti rakyat Malaysia yang cinta damai?

Kalian menggunakan masjid di Kampung Baru, Masjid Negara dan Masjid Damansara untuk mencetuskan demonstrasi memperjuangkan seorang pemimpin yang dipecat kerana melakukan seks di luar tabii. Ini bermakna reformasi yang anda jeritkan itu bertujuan untuk menghalalkan homoseksualiti di negara Islam ini. Ada tahu Islam anti homoseksual dan pemimpin yang dipecat kerana melakukan seks di luar tabii. Ini bermakna reformasi yang anda jeritkan itu bertujuan untuk menghalalkan homoseksualiti di negara Islam ini. Anda tahu Islam anti homoseksual dan pemimpin yang anda sanjung tinggi adalah penggemar homoseksual dan dia dipecat kerana itu.

Demonstrasi liar yang didalangi Amerika itu ialah untuk memperjuangkan pemimpin homoseksual yang dipuja dan disanjung tinggi oleh Barat. Jelas kepada umum kalian juga pemuja dan penggalak homoseksual dan kalian gunakan masjid, rumah Allah untuk memperjuangkan homoseksualiti! Masyaallah! Wahai para pemuda dan pemudi dan anak-anak kecil yang igusan dalam mainan politik, bertaubatlah segera dan kembalilah ke jalan yang lurus untuk mendapat keredaan Allah. Tanpa disedari anda sudah terjebak dalam promosi maksiat yang dilakukan Allah.

Anda sanggup mendesak supaya Mahathir berundur dan mahu mengangkat martabat Anwar sebagai penggantinya tanpa menghayati secara rasional dan berdasarkan ilmu pengetahuan yang mendalam implikasi dari perjuangan kalian yang sia-sia itu. Banyak orang Melayu berasa malu dengan sikap kurang ajar dan demonstrasi liar dan majoritinya terdiri dari anak-anak muda bangsa sendiri. Jangan jadi Pak turut yang buta Reformasi di Indonesia lain dari apa yang kalian mimpikan bumi yang bertuah ini. Indonesia tidak mengenal erti demokrasi seperti yang kita amalkan di sini. Mereka ada ninja. Kita ada ninja. Kemiskinan bermaharajalela. Para penunjuk perasaan di Kampung Baru masih boleh makan dan minum serta ada rumah tangga dan pekerjaan yang boleh menjamin kehidupan mereka.

Kalau ada bijaksana dan benar-benar memperjuangkan demokrasi, bukan demonstrasi, libatkan diri jiwa dan raga dalam pilihan raya akan datang. Anda boleh jatuhkan kepimpinan Mahathir sekiranya parti dan tokoh yang anda sanjung tinggi benar-benar berpengaruh di kalangan rakyat. Jatuhkan Mahathir secara demokratik. Kita salut anda kalau anda boleh mencapai kemenangan. Kalau anda anggap Anwar mempunyai pengaruh yang luas di kalangan rakyat dan layak menjadi bakal Perdana Menteri buktikan kemampuan golongan anda dapat mempengaruhi rakyat dalam pilihan raya akan datang Parti Keadilan Nasional kalian berjaya menubuhkan kerajaan baru kelak. Sekarang Anwar telah menjalani hukuman selama enam tahun.

Ini bermakna dia tidak boleh terlibat dalam politik sebagai calon selama lima tahun menurut Akta Pilihan Raya. Ini bermakna dalam pilihan raya akan datang (sebelum April 2000) Anwar masih lagi merengkuk dalam penjara sebagai banduan bukan biduan. Walau pun Amerika di belakangnya dan juga memberi sokongan terhadap reformasi yang didukung oleh Wan Azizah dan juak-juak yang menolak Parti Keadilan Nasional. Ia bukan parti politik yang berakar umbi pada perjuangan rakyat yang tulen. Ia lahir ke dunia kerana ingin membela dan menjulang Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Dengan kata lain, ia hanya memperalatkan glamor dan watak Anwar sebagai pelakon politik untuk merangsangkan sokongan rakyat terhadap parti yang kaya dengan mimpi reformasi akan ditatang oleh barisan pemimpin yang belum diuji. Bukalah minda tanpa emosi melulu. Kalau kalian manusia yang berilmu atau pun menghargai ilmu maka gunalah ilmu yang dianugerahi Allah untuk mencari kebenaran dan bukan kemunafikan.

Kalau kalian menganggap Anwar seorang pejuang Islam, yang waraq, yang dalam pengetahuan agamanya apakah kena pada tempatnya bagi Anwar bersahabat dengan seorang yang diketahui sebagai bapak ayam merangkap salah seorang tauke judi? Apakah wajar dia bermain tenis dengan seorang sahabat yang tidak mempunyai latar belakang yang baik? Sekiranya anda berpendapat antara Anwar dengan seorang bapak ayam merangkap tauke judi tidak apa-apa dan tidak menjejaskan imej ketokohannya sebagai pejuang Islam maka tanya pula kepada Tuan Guru Nik Aziz apakah beliau sanggup bersahabat dan bermain guli dengan Lim Goh Tong, tauke kasino genting Berhad? Besar kemungkinan Nik Aziz akan menolaknya kerana beliau sedar adalah tidak bijaksana dan bertentangan dengan akhlak penganut Islam bersahabat dengan seorang tauke judi apalagi dengan bapak ayam.

Para penyokong Anwar harus membuka mata hati dan gunakan neraca ilmu untuk mencari kebenaran. Tentulah luar biasa dan aneh bagi seorang islam bersahabat baik dengan seorang bapak ayam merangkap tauke judi. PAS dan parti-parti pembangkang yang lain juga menumpang tuah reformasi Anwar untuk menyebarkan pengaruh mereka menjelang pilihan raya akan datang.

Mereka juga memperalatkan Anwar dan menjadikan Anwar sebagai komoditi politik untuk memancing sokongan dan undi kelak. Tapi tanyalah kepada para pemimpin PAS seperti Ustaz Fadzil Nor, Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Haji Hadi Awang apakah mereka sanggup bersahabat dengan tauke judi merangkap bapak ayam sebagai rakan sepermainan mereka? Tanyalah kepada mereka apakah hukumnya seorang pemimpin Islam bersahabat dengan seorang tauke judi merangkap bapak ayam? Kalau para pemimpin PAS boleh menerima persahabatan sebagai biasa dan digalakkan agama maka tanya lagi kepada mereka apakah mereka sanggup bermain guli atau pun wau dengan tauke judi merangkap bapak ayam?

Sebenarnya PAS, DAP, Parti Rakyat dan NGO-NGO lain juga dihanyut oleh Anwar dan Wan Azizah yang disokong oleh Amerika. Sekiranya mereka ingin bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional untuk menentang kekuatan BN maka secara tidak langsung PAS, DAP dan lain-lain juga terperangkap dengan mainan politik licik Amerika. PAS mati-matian menyokong Anwar dan ini bermakna PAS juga menyokong kuasa di belakang Anwar. PAS berharap dengan memperalatkan Anwar sebagai komoditi politik ia akan berjaya menawan dua buah negeri di sebelah utara iaitu Kedah dan Perlis sebagai tamparan terhadap Mahathir. PAS juga berharap ia dapat menawan Terengganu di samping mengekalkan Kelantan.

Nampaknya PAS tidak ambil pusing apakah Anwar itu seorang homoseksual dan diperalatkan oleh Amerika. Nampaknya PAS sanggup bekerjasama dengan pemimpin yang dipecat kerana melakukan seks di luar tabii dan pro Amerika asalkan ia dapat menguasai sekuang-kurangnya empat buah negeri Melayu dalam pilihan raya akan datang. Apakah ini yang dikatakan “tujuan menghalalkan cara” di mana soal haram atau halal, baik dan buruk, bukan menjadi perhitungan penting demi mencapai matlamat akhir.

Anda tidak boleh menjatuhkan Mahathir hanya dengan sokongan Amerika dan Yahudi kerana majoriti rakyat dari berbagai-bagai suku kaum tidak akan meredhai negara kita yang tercinta dijajah dalam bentuk baru oleh kuasa asing. Menyokong Anwar bermakna anda merelakan diri dan jiwa anda diperalatkan oleh Amerika dan Yahudi. Bukankah pelobi-pelobi Yahudi paling berkuasa di Capitol Hill? Kalau anda sanggup menjadi perkakas Yahudi untuk membela seorang homoseksual sebagai bakal Perdana Menteri maka anda juga menjadi tali barut Yahudi.

Kalau hati nurani anda tidak tersentuh dengan cahaya Illahi dalam perjuangan menegakkan kebenaran menurut Islam maka perjuangan anda juga dilaknati Allah. Anda ada pilihan sebenarnya. Anda boleh menjatuhkan kepimpinan Mahathir melalui pilihan raya untuk menumpaskan kekuatan perkasa UMNO/BN dan boleh menyokong Anwar dan juak-juaknya yang lain yang bertanding dalam pilihan raya akan datang. Atau anda meneruskan demonstrasi yang sia-sia sebagai budak suruhan Amerika dan Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan yang sah oleh sebab anda dikhayalkan oleh seorang pemimpin politik yang dituduh meliwat itu. Atau anda memberi selamat jalan pada reformasi Anwar setelah anda sedar anda semua diperalatkan Anwar untuk menjadi orang suruhan Amerika dan Yahudi.

Jangan jadi bodoh. Di Malaysia demonstrasi tidak pernah berjaya untuk menumbangkan kerajaan. Tidak pernah dalam sejarah negara kita yang merdeka demonstrasi boleh menjatuhkan kerajaan. Waktu Anwar dan para sahabatnya melakukan tunjuk perasaan pelajar pada tahun 1974 kerajaan BN tidak tergugatr dan tidak jatuh. Yang jatuh dan bermukim di Kamunting termasuklah Anwar, Ibrahim Ali, Kassim Ahmad, Syed Hussien Ali dan lain-lain. Walau pun isu demonstrasi waktu itu melibatkan kemiskinan rakyat di Baling namun kesan demonstrasi tidak menggegarkan seluruh negara. Isu kemiskinan itu dapat diatasi dengan baik dan majoriti rakyat tidak pun tergugah dengan peristiwa di Baling tersebut.

Walau pun anda menggelarkan diri sebagai orang yang berjuang untuk reformasi namun seluruh negara dan dunia tahu bahawa perjuangan anda ialah untuk memulihkan semula kedudukan Anwar dalam kerajaan setelah dipecat. Seluruh dunia tahu Anwar dipecat kerana dia homoseksual dan akan menghadapi berbagai pertuduhan mengenai meliwat kelak. Kini dia telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun atas empat pertuduhan menyalahgunaan kuasa sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Bukan saja manusia seluruh dunia akan ketawa tetapi juga kera, lutung, cicak dan mengkarong pun akan ketawa terkekek-kekek kalau puak reformasi ini hendak memaksa kerajaan menerima semula Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Timbalan Presiden UMNO. Mahathir, sebagai Perdana Menteri, berhak memecat dan melantik siapa saja untuk menjadi anggota kabinet. Demonstrasi reformasi tak main, dan tak ada hak untuk menentukan tempat Anwar dalam kabinet dan UMNO. Wan Azizah juga tidak berhak dan kuasa untuk memulihkan kedudukan suaminya dalam kabinet dan parti. Malah Clinton dan Al Gore sendiri tidak ada kuasa untuk menentukan nasib negara kita dan kerajaan yang kita pilih.

Ada orang berpendapat sekiranya reformasi hendak memperjuangkan Anwar sebagai pemimpin homoseksual di bumi Malaysia anda boleh saja berbuat demikian. Setakat ini yang kita tahu melalui akhbar para gay, lesbian, bisexual dan homoseks di Manila telah membuat kenyataan menyokong Anwar yang dituduh meliwat. Sorry kita tidak tahu apakah dia juga diliwat. Rupa-rupanya para homoseksual di Filipina juga menganggap Anwar salah seorang dari ahli mereka. Syabas! Oleh itu kita ingin bertanya kepada segelintir anak muda yang berdemonstrasi itu apakah kalian sanggup mempertahankan pemimpin yang mengamalkan homoseksualiti sebagai pemimpin negara Malaysia dan pemimpin Islam?

Kalau antara kalian ada yang arif tentang agama ingin kami bertanya apakah manusia yang mengamalkan hubungan seks sejenis itu boleh diterima dalam Islam? Apakah "mazhab" reformasi ini sanggup memperjuangkan pemimpin homoseksual sebagai pemimpin mereka? Apakah anda yakin. sepenuh-penuhnya bahawa Anwar seorang pejuang Islam nombor wahid dan dia bukan seorang homoseksual? Pernahkah anda minta dia bersumpah dengan nama Allah dan menjunjung Al-Qur'an di masjid yang disaksikan oleh para alim ulama dan rakyat jelata bahawa dia tidak melakukan hubungan seks sejenis seperti yang didakwa oleh Azizan Abu Bakar itu?

Menurut keterangan saksi ACP Mazlan dari Cawangan Khas dalam perbicaraan Anwar bahawa Azizan bersumpah dengan nama Allah sambil memegang surah Yassin dan berkata sekiranya ia dusta Allah boleh melaknati hidupnya. Nah, ini mangsa Anwar yang sanggup tampil ke depan untuk mendedahkan kemungkaran pejuang Islam yang dikatakan homoseksual itu.

Dia hanya seorang driver yang sederhana hidupnya tetapi masih mempunyai harga diri dan maruah untuk mempertahankan hak dan maruah dirinya. Walau pun jiwanya tertekan dan berasa malu menghadapi sorotan media dan masyarakat namun Azizan bin Abu Bakar, mangsa homoseksual ini, sanggup tampil ke depan untuk mencari keadilan melalui mahkamah.


Di manakah letaknya maruah kalian sebagai gerombolan liar yang lupa daratan hingga sanggup menjulang tinggi seorang pemimpin homoseksual sambil menista dan mencerca Perdana Menteri yang banyak membawa reformasi dalam kehidupan rakyat termasuk diri anda juga? Kalau tidak kerana berbagai reformasi yang dilaksanakan kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru sudah tentu sebahagian besar dari mereka yang berdemonstrasi tidak akan mimpikan kesenangan hidup dan pendidikan yang lebih baik dan sempurna. Janganlah menjadi seperti menolong anjing tersepit bila terlepas cuba menggigit. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit dan jangan jadi sepern Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya.

Sebenamya Allah Ta'ala telah menunjukkan kekuasaanNya kepada rakyat Malaysia. Sebelum berlaku perubahan kepimpinan negara Allah telah menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan Melayu dan Islam bahawa Anwar seolah-olah tidak layak memimpin kerajaan. Allah juga menunjukkan dia hanya memperalatkan Islam untuk menutup rahsia peribadinya yang jelek dan menggunakan Islam sebagai topeng untuk mempengaruhi rakyat jelata bagi menjaga kepentingan dirinya. Pada mulanya berpuluh ribu penyokong meneriak reformasi kerana taksub terhadap Anwar. Anwar dikatakan difitnah oleh satu konspirasi yang dipimpin Mahathir kerana takut terhadap pengaruhnya yang kononnya maha hebat.

Ini keangkuhan Anwar dan dia menjadi bertambah angkuh lagi bila media Barat menjulang tinggi kepimpinannya. Dia disokong pula oleh Habibie dari Indonesia yang kedudukan politiknya masih tercungap-cungap dan Estrada, bekas pelakon yang kini menjadi Presiden Filipina dengan bangganya mempunyai tujuh orang anak di luar nikah di samping beberapa orang gundik yang lain. Allah hendak menunjukkan kepada rakyat jelata bahawa sebahagian besar para pemimpin negara yang menyokong Anwar terdiri dari bukan Islam. Sepanjang pengetahuan kami tidak ada pun seorang pemimpin Islam dari negara Islam, kecuali Habibie, yang memberi sokongan moral kepada Anwar.


Kini Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui telah membuka pekung Anwar. Al Gore, Naib Presiden Amerika, mendedahkan kepada seluruh dunia dalam ucapannya di Kuala Lumpur bahawa Amerika menyokong Anwar dan reformasi yang hendak menggulingkan kerajaan yang sah di tanah air kita yang tercinta ini. Dan Allah juga menunjukkan kepada umatnya bahawa di belakang Amerika terdapat kuasa besar Yahudi! Ini adalah petunjuk dari Allah untuk menyelamatkan umatnya di bumi Malaysia dari mainan politik Amerika dan Yahudi!

Apakah Anwar boleh berkata dengan penuh kejujuran dan ikhlas bahawa perjuangannya itu bersandarkan ketaqwaan tanpa mendapat bantuan dan sokongan dari kuasa asing dan Yahudi? Apakah dia boleh menidakkan tuduhan orang ramai terhadapnya bahawa dia sebenarnya adalah alat dan perkakas Amerika dan Yahudi? Kalau Anwar sendiri sanggup menjadi agen Amerika dan alat Yahudi apakah anda juga tergolong sebagai alat dan menjadi talibarut kuasa asing untuk menghancurkan ibu pertiwi anda sendiri? Kalau Anwar sanggup menggadaikan maruah bangsa, agama dan negara kepada Amerika dan Yahudi apakah anda juga sanggup menuruti jejak langkah tersebut?

Sebenarnya Anwar telah mempermainkan emosi mereka yang taksub terhadapnya dan yang kurang arif menilai sepak terajang mainan politiknya. Seseorang pemimpin yang benar-benar bertaqwa tidak akan menjadi bebal dan membuat berbagai tuduhan liar untuk menjatuhkan kerajaan. Juga ia tidak akan menggunakan kesucian masjid untuk mengadakan demonstrasi hingga menggangu ketenteraman awam dan mencemarkan rumah Allah. Bagaimanakah dia menganggap dirinya sebagai pejuang Islam dan mencari kebenaran sekiranya dia sendiri mencemarkan rumah Allah dan takut menghadapi perbicaraan? Kalau dia benar dan tidak bersalah Allah akan menyebelahinya. Yang menentukan nasib setiap insan bukan kuasa manusia tetapi kuasa Allah.

Reformasi yang dilaung-laungkannya itu sudah pun dilaksanakan oleh Mahathir sejak 18 tahun yang lalu. Perlantikan Anwar dalam kabinet dan penglibatannya dalam berbagai dasar kerajaan, yang baik mahu pun yang tidak disenangi rakyat, adalah tanggungjawab bersama. Anwar tidak boleh menuding jari kepada Perdana Menteri seolah-olah dia cuma menjadi patung yang tak berotak dan tak berdaya dalam kabinet selama 16 tahun yang lalu. Kalau dia tidak dipilih Mahathir dan tidak diberi peluang oleh Perdana Menteri untuk menjawat jawatan yang penting dalam parti dan kabinet sudah tentu Anwar tidak akan menikmati kehidupan yang super borjuis dengan suit berharga RM 17,000 sepasang dan I kulit buatan tangan khas dari Itali. Lihatlah nasib Yayasan Anda hari ini yang diasaskan Anwar sebelum menjadi menteri dahulu.

Tidak banyak perubahannya sejak zaman Anwar hinggalah sekarang. Sekiranya dia benar benar reformasi sudah pasti dia sudah berjaya membangunkan Yayasan Anda sebagai sebuah institusi terkemuka di tanahair memandangkan dia pernah menjadi Menteri Pendidikan di masa lalu. Tapi reformasi Anwar hanya dalam igauannya saja. Idea reformasi tiba-tiba menjelma setelah dia hilang jawatan kabinet dan parti.

Kini dia memperalatkan anak-anak muda Melayu untuk berdemonstrasi bagi menjaga kepentingan peribadinya. Amerika menyokong mimpi reformasinya kerana para pemimpin Yahudi di belakang Clinton sedar Anwar boleh menari menurut rentak foxtrot, buggie dan rock and roll. Mereka tahu dia hanya bijak main boria dalam politik Malaysia oleh kerana bijak bercakap seperti penjual ubat dengan sedikit mantera dan percikan ayat-ayat Al-Qur'an untuk mengekalkan kredibilitinya sebagai pemimpin berjiwa Islam!


Apakah selama 16 tahun menjadi menteri kabinet dan sebagai orang kesayangan Perdana Menteri dia tidak mampu membuat reformasi dalam berbagai bidang politik, ekonomi, budaya dan pendidikan untuk membahagiakan rakyat dan menjadikan kepimpinan negara dihormati ramai?

Kalau dia bercakap tentang anti korupsi apakah tindakan yang pernah diambilnya sewaktu menjadi pengerusi jawatankuasa penyalahgunaan kuasa dan korapsi yang dilantik oleh Perdana Menteri sendiri? Dia pernah menjadi Menteri Pendidikan. Apakah reformasi pendidikan yang paling hebat yang dilaksanakannya? Yang kita tahu dia banyak menimbulkan berbagai masalah dalam pentadbiran dan pengurusan kementerian dan melantik pengampu-pengampunya menjawat jawatan-jawatan penting dan tinggi tanpa mempertimbangkan seniority pegawai-pegawai pendidikan yang lain.


Sewaktu menjadi Menteri Kewangan dia banyak melahirkan kroni-kroni yang mendapat projek-projek gergasi bernilai beratus juta ringgit di samping memberi pink forms kepada berbagai ketua bahagian dan sahabat-sahabat handainya yang lain. Apakah tindakan ini dianggap reformasi juga? Kita akui dia banyak meluahkan kata-kata besar, yang hebat maknanya seperti akhlak yang mulia, budaya ilmu, kebebasan, demokrasi dan ketelusan, keadilan dan kesopanan untuk memukau dan memerangkap para pendengar yang terlalu mudah dibuai oleh kata-kata yang bombastik dan idea-idea yang bemafaskan keilmuan (bukan kepandiran). Amalannya? Tidak ada.

Anwar kita akui bijak bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan reformasi yang hebat untuk memberi kredibiliti kepada retorikanya. Dia hanya bijak bermain boria dengan kaa-katanya kerana dia tahu orang Melayu terutama sekali cukup mudah dikhayalkan dengan kata-kata besar seperti reformasi walau pun Anwar sendiri gagal melaksanakan reformasi selaaa 16 tahun menjadi menteri kabinet.

Hari ini Anwar bukan lagi seorang Timbalan Perdana Menteri. Dia juga bukan lagi ahli UMNO. Dia manusia biasa seperti anda dan saya. Tidak ada kelebihan apa-apa kepadanya. Betul dia sanggup berjuang untuk menegakkan keadilan katanya. Betul dia mahu mengadakan reformasi. Kita bertanya kepadanya bagaimanakah dia hendak melaksanakan reformasi bilamana dia tidak ada kuasa politik untuk menggerakkan reformasi itu?

Bagaimanakah dia boleh meyakinkan rata bahawa dia benar-benar jujur untuk melaksanakan reformasi bilamana dia sendiri gagal melaksanakannya sewaktu menjadi ahli kabinet Mahathir selama 16 tahun? Jangan cakap tentang reformasi kalau kuasa tidak ada di tangan. Reformasi angan-angan atau dalam mimpi itu boleh dikhayalkan. Tak salah tak membawa mudharat kepada sesiapa. Cuma syok sendiri aje.

Kalau dia menganggap dirinya lebih popular dan lebih bersih dari Mahathir, nah, sila tubuhkan parti politik baru bertandinglah dalam pilihan raya akan datang. Buatlah pakatan dengan DAP, PAS, Parti Rakyat dan Iain-lain untuk menentang Barisan Nasional. Kalau menang bolehlah tubuh kerajaan yang lebih bersih, lebih cekap, lebih telus, lebih demokratik, tanpa kolusi, nepotisme dan kronisme.

Laksanakanlah apa jenis reformasi yang diingini untuk lebih membahagiakan rakyat tetapi bukan membolot kekayaan dan menambahkan lagi jenis kronisme, nepotisme dan kolusisme yang memualkan rakyat. Itu kalau perjuangan Anwar direstui Allah dan rakyat. Tetapi takdirnya Allah dan rakyat tidak memberi kemenangan kepadanya maka hanyutlah Anwar dalam mimpi reformasinya hingga ke akhir hayat. Atau siapa tahu dia mungkin mahu mengarang lagu "reformasi" untuk pasukan boria Ceruk Tok Kun pula!

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com