20081202

Sekolah vernakular: Mukhriz perjelas pendiriannya

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata hari ini bahawa beliau tidak meminta secara terbuka supaya sekolah vernakular dditutup.

Sebaliknya, kata Mukhriz, beliau hanya mencadangkan supaya sistem pendidikan disepadukan.

"Sistem pendidikan patutnya ada satu sahaja...saya mahu memperjelaskan bahawa saya tidak berkata sekolah vernakular mesti ditutup.

"Anda akan mendapati kandungan laporan dalam akhbar berbeza daripada tajuk berita kerana saya tidak pernah berkata sekolah vernakular mesti ditutup.

"Saya hanya berkata, kita kekalkan sekolah yang sama tetapi sistem (pendidikannya) satu sahaja, menggunakan Bahasa Malaysia sebagai pengantar kecuali bagi Matematik dan Sains, dalam bahasa Inggeris.

"Ini adalah amalan di kebanyakan negara di dunia," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Mukhriz yang akan bertanding jawatan ketua Pemuda Mac depan juga menafikan dakwaan bahawa beliau membuat gesaan tersebut sebagai taktik untuk mendapat undi daripada perwakilan Umno.

"Saya berpendapat bahawa ini adalah satu cara untuk kita menyemai perpaduan di kalangan rakyat kita sejak dari muda lagi," tambahnya.

Ditanya sama ada dengan mewujudkan 'satu sistem' pendidikan, secara langsung bermaksud menghapuskan sekolah vernakular, Mukhriz berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai banyak kebudayaan dan agama "dan inilah yang membanggakan kita".

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com