20081201

Umno siap sedia pertahan K. T'ganu - Mat Taib

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno lusa dijangka membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, berikutan kematian Ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail, 59 tahun, Jumaat lalu, akibat sakit jantung.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata persiapan awal penting bagi memastikan kawasan yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum lalu kekal dimenangi Barisan Nasional (BN).

'Kita tunggu mesyuarat MT tetapi pada masa sama Umno mengarahkan jentera pilihan raya di Kuala Terengganu memantau keadaan di sana BN,' katanya di sini, kelmarin.

Allahyarham dikatakan rebah ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, petang Jumaat lalu. Datuk Razali meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

Tan Sri Muhammad berkata, kematian Datuk Razali bukan saja kehilangan besar kepada Umno dan Kementerian Pelajaran, malah kepada penduduk Kuala Terengganu.

Datuk Razali, mantan Pengerusi Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran selepas mengekalkan kerusi Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Pada pilihan raya itu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof, 89 tahun, dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 628 undi.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, ditukil berkata mengikut prosedur, pilihan raya kecil akan dijalankan dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi.

Mengulas kematian, Datuk Razali, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata:

'Beliau telah menunjukkan satu prestasi yang baik sebagai seorang Timbalan Menteri, mampu memahami dasar-dasar kerajaan dengan baik. Saya memang pun sentiasa menaruh harapan yang satu hari dia akan jadi Menteri Pelajaran. Tapi apa boleh buat, Tuhan telah mentakdirkan dia meninggal dunia.' / Berita Minggu, Bernama


Umno dakwa telah bersedia, bagaimana dengan Pakatan?

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com