20090301

Azilah dakwa ADC Najib arah bantu Razak Baginda

Azilah dakwa ADC Najib arah bantu Razak Baginda
Harakahdaily
Fri | Jan 16, 09 | 12:29:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh) - Pengakuan Ketua Inspektor Azilah Hadri yang dituduh dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu kes yang mendakwa ADC Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengarahkannya membantu Abdul Razak Baginda memeranjat banyak pihak.



Azilah dalam pengakuannya menyatakan ADC Najib iaitu Musa Safri menghubungi beliau pada 17 Oktober 2006 bertanyakan sama ada sesiapa di Balai Polis Brickfields boleh membantu Abdul Razak Baginda.

Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) membalas bahawa dia mengenali seorang Superintendan Idris Karim yang juga Ketua CID daerah terbabit. Kata Azilah, Musa memberitahu bahawa Abdul Razak sedang diugut (blackmailed) dan mengarahkannya berjumpa Abdul Razak untuk diperkenalkan kepada Idris.

Mereka bertiga dikatakan bertemu keesokan harinya dan dalam pertemuan itu Azilah menyatakan bahawa Abdul Razak memberitahu bahawa beliau sedang diugut oleh seorang lelaki dan wanita yang kedua-duanya berbangsa cina.

Abdul Razak memperdengarkan rakaman suara lelaki cina kepada Azilah yang menyatakan antara lain berbunyi :"Kasi pecah you punya muka".

Azilah menasihatkan Abdul Razak untuk membuat laporan polis namun beliau enggan. Abdul Razak juga memberitahu beliau telah mengupah seorang penyiasat persendirian dan kemudiannya memberi alamat kepada Azilah yang tertera alamat nombor bilik 823 Hotel Malaya di Kuala Lumpur. Bagaimanapun Abdul Razak mengarahkannya pergi ke bilik 512 untuk 'menasihati Aminah'.

Di Permatang Pauh, Najib dikatakan telah bersumpah dalam sebuah masjid bahawa dia tidak pernah kenal wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. - azm_



No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com