20090601

Radzi: Tidak perlu layan Hashim

Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad mendakwa bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh "seorang yang kecewa dan tidak perlu dilayan".

radzi sheikh ahmadRadzi, baru dilantik menggantikan Hashim, berkata penentangnya boleh bercakap apa sahaja yang beliau hendak cakap.

"Saya tidak ada masalah dengan dia (Hashim). Saya juga tidak kisah dengan dia. Ini benda kecil," katanya, membalas kecaman Hashim terhadapnya semalam.

"Dia buat kerja apa sebagai ketua penerangan Umno Perlis?"

Menurut Radzi, beliau antara lapan ahli parlimen BN yang berjaya meningkatkan majoriti dalam pilihanraya umum lalu.

Ahli parlimen Kangar diminta mengulas kenyataan Hashim bahawa beliau "tidak pandai menjalin hubungan dengan orang lain."

"Umno Perlis menjadi kacau-bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu," kata Hashim.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com