20081204

ANGGAP RASUAH SEPERTI MAKAN DAGING BABI


KENAPA UMNO DAN WANG ibarat bibir dengan gigi, aur dengan tebing atau serapat rambut dengan kulit kepala? Tak dapat dipisahkan. Kalau dipisahkan, itu bukan UMNO.

Kenapa politik wang, 'air kopi' atau dalam bahasa rasminya dipanggil RASUAH menjadi 'keranda' perjuangan kepada UMNO?

Semua orang mahukan wang. Hendak matipun kita perlukan wang melainkan kita tak kisah kalau jenazah kita dikerat untuk dibuang ke kandang buaya. Orang Utan mahupun harimau dalam zoo pun mahukan wang. Tanpa wang Orang Utan dan harimau akan mati kelaparan. Persoalannya, adakah UMNO sama dengan orang Utan dan harimau dalam zoo?


Teka-teki yang jarang kedengaran ialah siapa yang mula-mula mewujudkan politik wang sebagai agenda perjuangan dirinya dalam UMNO?

Sebenarnya krisis politik wang wujud sejak sekian lama. Ia wujud sebelum Pak Lah jadi PM. Kalau diamati sejarah perjuangan UMNO dan pemerintahan awal PM Malaysia dari Tunku Abdul Rahman, perjuangan sejati tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran.

UMNO sebagai parti orang Melayu mengambil semula hak dirampas oleh penjajah sejak 500 tahun kini menjadi parti hampir karam dan perjuangannya begitu busuk sebagaimana digambarkan oleh Shahnon Ahmad dengan 'buntut' dan 'kepala taik'.

Perjuangan UMNO pada asalnya membebaskan Tanah melayu dari imperialisma British, kemudian memacukan perpaduan, mewujudkan kesejahteraan ekonomi yang mampan serta sosialisasi penduduk telah menjadikan UMNO satu parti yang 'gergasi' dan disegani oleh kawan dan lawan. Dunia juga menganggap UMNO sebagai parti keramat kerana berjaya membawa Malaysia segemilang sehingga mampu bersaing dengan Korea dan China.

Menjawab soalan di atas, sejak bila UMNO membudayakan politik wang ialah dapat dilihat semasa krisis kepimpinan berlaku pada pertengahan 1980-an antara Tun Mahathir dengan KULI.

Ringkasnya, Tun Mahathir menang menewaskan KULI dengan hanya beberapa undi sahaja dan kejayaan KULI membuktikan beberapa cawangan UMNO wujud dan menyokong Tun adalah cawangan hantu dan tidak berdaftar.

Akibatnya, UMNO diharamkan. Bayangkan kalau UMNO diharamkan kini dan apa akan berlaku kepada negara!!! Dapat 'bonuslah' PAS dan Anwar Ibrahim.

Kembali pada politik wang, siapa yang menjadi pengasas kepada politik wang kalau tidak Tun Dr. Mahathir!!! Bahkan pembangkang pada masa itu telah menyerang UMNO dengan slogan UMNO adalah 'kepala rasuah' sehingga bergenerasi ia didengari. Akibatnya, kita percaya dengan dakyah PAS yang UMNO adalah pelopor politik wang.

Menjadi ahli UMNO bererti akan mendapat wang. Kalau tidak dapat wang, buat apa jadi ahli UMNO. Kalau begitulah prinsip UMNO, maka 10-15 tahun akan datang nasib UMNO akan jadi seperti Parti Sosialis Malaysia pimpina Syed Hussin!!!

Apabila Tun bersara, beliau mengkritik pemimpin yang mengamalkan rasuah seolah-olah Tun setanding pemimpin Mahatma Gandhi yang hanya meninggalkan selipar buruk selepas menjadi PM India!!!

Macamlah kita buta melihat bagaimana anak-anak Tun menjadi 'bil gates' Malaysia tanpa melihat dari mana dia belajar mencari duit atau bagaimana mereka 'membiakkan duit' dalam masa singkat.

Kalau George Soros jadi kaya kerana kejayaan memanipulasi matawang, iaitu membeli matawang pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi untuk tujuan untung, kita tahu itulah sumber kekayaannya. Begitu Sultan Brunei atau keturunan anarkis raja Arab Saudi menjadi kaya dari hasil minyak negara berkenaan. Tapi anak-anak Mahathir, dari mana mereka bermula tiba-tiba menjadi kaya!!!


Abe MIE pernah berdampingan dengan tokey-tokey kayapun, apabila ditanya bagaimana mereka membina kekayaan- dengan mewarisi pekerjaan dari ayah mereka, kemudian diturunkan kepada abang dan seterusnya dirinya. Kini anak-anak mereka meneruskan tradisi bisnes ini.

Pengasas genting Highland. Berhijrah ke Malaysia, menjadi tukang kasut sebelum menjadi jutawan. Sempat mengira duit pada usia dimamah usia. Diangkat menjadi jutawan pun sempat dirasai setahun dua sebelum dikambus tanah atau dibakar api.

Bagi pengamatan abe MIE,kekayaan dibina oleh anak Tun Mahathir sebagaimana keluarga Suharto lakukan. Anak-anak mereka muncul sebagai orang terkaya di Indonesia. Bagaimana caranya?


Kalau ada 'magic', buatlah seminar supaya ramai orang boleh jadi kaya dalam masa setahun dua sebagaimana jutawan internet buat atau kursus forex yang mencari kekayaan dalam masa sesingkat.Siapa tidak mahu jadi kaya?

Menantu Nik Aziz pun jadi kaya selepas berkahwin dengan anak MB Kelantan akan turut hadir mendengar ceramah itu kalau diadakan. Yang cacat- bertongkat, merangkak, memimpin tangan atau melompat akan berduyun-duyun datang-kerana mahu jadi kaya apatah lagi orang seperti kita semua.



Tun dan Thaksin

Sebenarnya, Tun pernah mengasaskan dasar bersih, cekap dan amanah bagi membendung 'jenayah' rasuah dari berleluasa. Tun juga mewujudkan dasar kepimpinan melalui teladan dan pelbagai dasar selari dengan wawasan beliau membentras rasuah. Sama juga dengan bekas PM Thailand, Thaksin. Pelbagai dasarnya untuk menghapus rasuah dan melaksanakan pembangunan ekonomi Thai sehingga kejatuhannya menyebabkan Thai menjadi negara seperti Pakistan, Somalia dan Iraq.

Antara Thaksin dan Tun Mahathir hampir mempunyai persamaan. Cuba kita buka mata, buka hati dan fikir secara profesional, kenapa rasuah masih gagal dihapuskan atau dikurangkan.

Bagaimana kerajaan Malaysia akan menjadikan Malaysia sebagai negara sifar rasuah sekiranya UMNO sebagai tunjang kepada pemerintahan sendiri mengamalkan rasuah!!!

Sebab itulah orang bukan Melayu seperti Cina dan India kini beralih dari menjadi anggota BN kepada Pakatan pembangkang. PAS pula menyambut orang Cina dan India walaupun parti mereka bukan bervisi dan bermatlamat sedemikian.


Lucu dan tidak logik kalau PAS membuka keahlian kepada Cina dan India yang bukan beragama Islam semata-mata menjadi parti pembela bangsa dan agama mereka( HINDU, BUDDHA, KRTISTIAN).

Bahkan abe MIE ada menceritakan bagaimana negeri Kelantan tadbiran PAS selama 20 tahun gagal membela orang Melayu-Islam sehingga anak muda dan golongan belia gemar berdampingan dengan dadah, ubat batuk dan pil kuda- bagaimana PAS hendak membela bukan Islam pula!!! Jauh api dari panggang.

PAS gagal menyediakan peluang kerja yang baik kepada rakyat Kelantan dan dasar-dasar PAS sebenarnya tidak sama dengan dasar Islam dari Iran yang mementingkan visi teknologi dan perkembangan sistem ekonomi moden-Islam. Maaf abe MIE katakan, PAS hanya berjaya menjadikan Kelantan 'sedikit maju' dari Ghaffur dan Somalia, itulah realiti.


Kenapa PAS lebih beria-ria hendak mengambil bangsa bukan Melayu sedangkan mereka mempunyai alternatif dengan menyertai PKR atau DAP!!!

PAS lupa ke yang mereka adalah parti dakwah Islam serta menjadikan politik Islam atau pentadbiran berlandaskan syariat Islam. Yang berlaku sebaliknya. Islam bagi PAS kini hanya melibatkan sembahyang, akad nikah-cerai, berkhatan, pergi menunaikan haji atau urusan mengurus jenazah!!! Tidak lebih dari itu. Cuba fikir benar atau tidak.

Kembali pada politik wang. Senario UMNO ditampar oleh pengundi dan 'ahli UMNO' pada pilihan raya lepas memaksa UMNO memerlukan satu proses reformasi dan penjenamaan semula.

Persoalan, boleh tak UMNO dijenamakan semula? Bolehkah UMNO mengatasi dan membendung politik wang dengan mewujudkan politik bersih di Malaysia?

Mampukah UMNO menjadi wardah perjuangan orang Melayu yang kini beralih kepada pembangkang!!!

Yang paling penting mampukah UMNO mengembalikan zaman kegemilangannya!!! Mampukah pemimpin baru yang akan menang nanti membawa reformasi atau sekadar 'gula melaka'?

Belum menang lagi, sudah ada politik sudah menjadi isu yang gagal ditangani. Itu terserah kepada DS Najib bagaimana mengatasi masalah ini secara bijaksana dan berhemah selain mengurus ekonomi dengan bijaksana walaupun akan diteranjang oleh bekas PM, Tun Mahathir nanti.

Teringat dengan kata-kata Tun, kenapa kita tak anggap rasuah sebagai jijik sebagaimana 'makan babi' -pada pandangan orang Islam? Kini, tak ada kedengaran mengenai persamaan antara babi dengan rasuah.

Abe MIE setuju dengan orang kata, kalau ambil wang rasuah atau menerima ganjaran untuk tujuan tertentu, kita ikhtirafnya sebagai 'memakan daging babi'.

Sanggupkah kita makan daging babi? Jangan tanya Teresa Kok atau Lim Guan Eng kerana bagi mereka babi satu daging yang digemari sebagaimana kita makan 'daging lembu'.


CUBA FIKIR

1. DS Najib bakal PM Malaysia perlu satu dasar dan perlu mencipta formula menghapuskan rasuah. abe MIE ada satu formula yang rasanya sesuai untuk dipraktiskan oleh UMNO.

a. Semua jawatan dalam UMNO dipilih oleh perwakilan, tetapi tempoh memegangnya perlu ada hadnya. Misalnya, presiden Amerika Syarikat pun tidak dibenarkan dipimpin oleh orang yang sama untuk 3 kali berturut-turut saja. Jawatan dalam UMNO tidak boleh diboilot sehingga menjadi 'jawatan datuk nenek moyang' dan diwarisi seperti takhta oleh raja atau sultan.


b. Sebelum bertanding, setiap perwakilan yang mahu mencalonkan diri masing-masing perlu bersumpah dan menyeru supaya dijauhkan rasuah dalam semua aspek.

c. Namun bagi jawatan tertentu kuota atau sistem ini boleh diamalkan terutamanya dalam merebut jawatan presiden atau timbalan presiden saja.


2. Satu formula perlu dicari bagaimana memodenkan cara pemilihan perwakilan yang diamalkan lebih 50 tahun supaya menjadi demokratik dan lebih telus. UMNO bukan lagi parti anak cucu Mohammad, Tun Razak atau Hussin Onn!!!

UMNO perlu disertai oleh mereka yang mampu mentadbir negara tanpa melihat anak cucu siapa. Kita bernafas di dunia maya bukannya dunia wayang kulit di mana anak akan mewarisi ilmu ayahnya. Sesiapa sahaja boleh menjadi 'tok dalang' wayang kulit asalkan berintelektual, berpengalaman dan berkebolehan dalam semua aspek.

Bagi pendapat abe MIE, seburuk-buruk UMNO, sejahat-jahat UMNO, sejijik-jijik UMNO itulah parti orang Melayu dan Islam. Tanpa UMNO atau kita mengharapkan PAS, sudah tentu Melayu menjadi 'orang asli di Australia atau New Zealand'.

Peristiwa di Taman Medan membuktikan bagaimana orang Melayu masih bernaung dengan UMNO. Orang PAS pun meletak bendera UMNO. PAS bukannya parti kuat atau mempunyai visi untuk orang Melayu sebagaimana PAS Kedah yang anggkur dengan DAP supaya bumiputera hanya perlu 30% saja kuota untuk memiliki rumah tanpa banyak soal. Sebelum ini PAS bangga dan angkuh dengan dasarnya supaya 50% kuota untuk bumiputera.

Beranikah DAP melalak kepada UMNO dan adakah UMNO akan tunduk kepada DAP? Apa guna mentadbir negeri dan mengagungkan sebagai Serambi Islam kalau patung Buddha paling banyak atau terbesar wujud di negeri itu; dan orang Islam hanya menjadi buih di negeri sendiri.

abe MIE terjah 2009


No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com