Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls; Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...
20081204
RAZAK BAGINDA LAWAN ANWAR IBRAHIM
Apabila Razak Baginda membuat penjelasan selepas 22 bulan ditahan reman dalam penjara atas tuduhan membunuh, semua orang berasa bersalah kerana menjadikan kesnya sebagai eksperimen politik selama ini.
Razak Baginda bukan sahaja menjadi bahan berita di Malaysia, malahan mendapat publisiti dari negara luar. Pelbagai andaian ditimbul, antaranya Razak Baginda menjadi orang suruhan kepada DS Najib dalam pembelian kontrak kapal selam.
Kehadiran Altantuya ke Malaysia sebenarnya untuk mendapat komisen daripada Razak Baginda. Kerana tidak cukup komisen diberikan, Altantuya meminta supaya ditambah lagi. Dalang cerita ini ialah DS Najib. Siapa yang membuat fitnah? Siapa lagi kalau tidak Si Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dari PAS dan DAP.
Tidak cukup dari itu, DS Najib telah mengambil wang rakyat dan membazirkan wang itu dengan memberikan komisyen kepada 'broker' dalam pembelian kapal selam. Razak Baginda menjadi orang tengah kepada Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh DS Najib. Ceritanya berjaya memanipulasi keadaan semasa terutamanya pada pilihanraya yang lepas.
Sebanyak USD500 juta komisen diberikan kepada orang tengah dalam pembelian kapal selam. Tukang karut berjaya menjaja berita ini sehingga kita percaya yang DS Najib terbabit sama. Siapa tukang karut itu? Siapa lagi kalau tidak Anwar Ibrahim. Namun Razak Baginda menafikannya sehingga dia memberitahu tidak pernah berjumpa dengan TPM apatah lagi terbabit dalam urusan kapal selam.
Tidak cukup dengan itu, Anwar Ibrahim melalui Mat Sabu, Haji Hadhi, Lim Guang Eng, Lim Kit Siang (abe MIE hanya menyebut beberapa nama saja) telah mengaitkan pembunuhan Altantuya disebabkan oleh cemburu isteri DS Najib, iaitu Rosmah. Kononya Rosmah yang merancang pembunuhan kerana tidak tahan dengan perangai Altantuya yang mengganggu rumahtangga mereka serta sikap cemburunya.
Rosmah tidak mahu 'lakinya' dipergunakan oleh Altantuya. Bahkan ada cerita mengatakan yang DS Najib terbabit dalam hubungan seks sehingga 'muncul' gambarnya bersama-sama dengan Altantuya.
Dalang ceritanya ialah Tian Chua, iaitu Komander PKR yang selalu ke Taiwan bersama-sama Elizeberth untuk menubuhkan kerajaan baru. Adakah DS Najib mengambil tindakan seperti menyaman Tian sebagaimana dilakukan oleh Teressa Kok ke atas Dato Khir Toyo dan Utusan Malaysia?
Tidak cukup dengan itu, kita disajikan kononnya wang yang banyak itu dipergunakan oleh isteri TPM, Rosmah berbelanja di luar negeri. Ada orang memberitahu, Rosmah pernah membeli barangan sehingga 3 biji kereta banyaknya hasil wang rakyat. Sedap halwa telinga kita mendengarnya. Apakah dosa yang dilakukan oleh keluarga DS Najib kepada kita sehingga kita sanggup menjadikan fitnah itu sebagai bahan ilmiah?
Kenapa hal ini berlaku dalam dunia cyber kononya kita semua bijak dan pintar dalam menilai informasi dan teknologi? dan kenapa kita mudah percaya dengan khabar angin dan cerita politik yang karut-marut!!!
Pertama-Jawapannya ialah, kita belum matang berpolitik, itu kita kena akui!!!
Kedua-Jawapan ialah kerana ada orang yang menjadi dalang cerita ini terdiri daripada tokoh agama dan ulama seperti Haji Hadhi dan beberapa orang pemimpin PAS. Mereka membawa imej berjubah, menjadi iman, membaca doa dan menjadi 'perujuk' dalam bidang agama terbabit menyebarkan fitnah.
Kita percaya mereka kerana mereka kononnya 'bersifat makhsum' atau suci!!! Kita juga menjadikan ulama sebagai 'pengganti' Rasulullah s.a.w atau khalifah Islam walhal mereka semua adalah ahli politik. Kita juga tidak dapat membezakan antara 'Ulama Islam' dengan 'Father Kristian' sehingga menyokong kepimpinan DAP lebih Islam dari UMNO dan bersahabat dengan HINDRAF seolah-olah UMNO bukan Melayu dan bukan Islam!!!
Mereka berceramah dengan nyaring dan lantang mempergunakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai membuktikan hujah mereka adalah berlandaskan Islam. Tidak cukup dari itu, mereka yang menjadi 'penghulu' kepada orang Melayu dan Islam, tidak segan silu berceramah di kawasan Cina dan India semata-mata mahukan sokongan diberikan kepada mereka dengan tidak mengundi BN dipimpin oleh 'banduan' Altantuya.
Sebenarnya kita sebagai orang Melayu sendiri yang merosakkan Melayu dan Islam dihadapan kaum lain. Kita tidak kisah asalkan politik kita menang dan 'tanah' kita gadaikan walaupun untuk tujuan 'rumah ba alif ba ya'.
Kes ini juga menarik minat 'Kapten' Karpal Singh selaku 'vateran' dan 'ular anaconda' dalam industri guaman Malaysia ke arah Malaysia yang adil. Karpal pun kaku dan membisu apabila Razak dibebaskan walaupun pada mulanya Karpal tidak setuju dengan pengendalian oleh hakim yang mempunyai hubungan pertalian darah dengan salah seorang 'banduan' mahkamah. Kes ini juga pada mulanya dipertikaikan dengan alasan tertentu.
Blog-blog pula menulis apabila mendapat ilham kononnya Razak Baginda akan dibebaskan dan ada yang melaporkan Razak Baginda sudah dibebaskan. Ada orang melihatnya dia dimerata-rata.
Ada penulis blog yang kurang siuman, seperti RPK memberitahu, dia ada terdengar suara dari penjara kononnya Razak Baginda menyebut nama TPM dengan pelbagai gelaran. RPK juga membuat akuan bersumpah kononnya DS Najib juga terbabit apabila dia 'mendengar' suara keramat dari penjara kononnya ini semua melibatkan konspirasi politik dari DS Najib.
Apakah hukumnya terhadap sumpah palsu? Bagi abe MIE RPK sebenarnya bukan Melayu dan bukan Islam. Kalau RPK pergi gereja 'bersolat' kemudian bersumpah dia adalah Islam sejati, abe MIE tak hairan. Itu mainan politik dan dakyah ANwar Ibrahim.
Perbicaraan Altantuya menjadi kencang apabila berlaku 'pertempuran' sengit di Permatang Pauh, kononnya Anwar Ibrahim akan menjadi PM dan akan mengadili kes ini dengan adil dan seadilnya.
Tidak tahan dengan fitnah dilemparkan oleh Anwar Ibrahim, DS Najib telah membuat sumpah di sebuah masjid dengan menyebut yang dia tidak mengenali Altantuya dan tidak terbabit dalam kes pembunuhan itu. Namun sumpah beliau tidak diendahkan dan orang masih percaya 'sumpah Bala' lagi Allah terima sehingga ulama PAS sendiri menganggapnya sebagai 'sumpah Kristian'.
Cuba kita fikirkan, kenapa Anwar Ibrahim menjadi 'gila' dan 'dajjal' dalam semua perkara? Adakah dia ingin membalas dendam atas apa dilakukan oleh TUN Dr. Mahathir kepadanya sehingga dia gagal menjadi PM Malaysia? Mungkin benar dan logik juga kalau difikirkan.
Anwar Ibrahim juga mempunyai satu perspeksi iaitu KALAU AKU TAK BOLEH JADI PM, MAKA NAJIB TAK BOLEH JADI PM. BIAR CINA JADI PM ASALKAN MELAYU MEREMPAT DI NEGARA SENDIRI.
Jadi Anwar Ibrahim telah melakukan pelbagai fitnah dan mengadu domba semata-mata memburukkan keadaan. Tambahan pula, kepimpinan Pak Lah yang lemah dan bersifat politik 'maknyah' menyebabkan isu-isu tidak dijawab oleh pemimpin BN sehingga rakyat Kelantan, Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang menjadi 'bodoh' dan bahlol dengan dakyah yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.
Kalau kita fikir, kenapa Anwar Ibrahim begitu sukar hendak menjadi PM, mungkin itu sebabnya dan balasan yang Allah berikan kepada dia. Balasan Allah berikan kepada kita juga dapat dirasai apabila negeri tadbiran Pakatan kini selangkah ke hadapan ke arah kemunduran.
Pelabur pun sudah jelek dengan sosioekonomi di Malaysia. Janji Anwar Ibrahim hendak membawa pelabur dari Arab berbilion-bilion dolar ibarat dakyah 'Skim Cepat Kaya' sedangkan kini sebaliknya berlaku perberhentian kerja dan pelabur mula tarik diri dari Malaysia. Pelaburan dalam perladangan babi diutamakan.
Susah benar Anwar Ibrahim hendak jadi PM, ibarat dia memanjat langit atau berjalan di atas air. Merangkak dan melompat dengan idea 'katak' dari wakil BN ke Pakatan sebanyak 30 orang dan dipropaganda oleh Harakah dan Suara Keadilan sebenarnya ibarat 'cerita Pak Pandir' yang memperbodohkan kita semua.
Anwar Ibrahim bukan saja kini akan menjadi 'PM' di Mahkamah yang dihakim oleh Saiful Bukhari, bahkan dia akan didedahkan kepada 'jenayah'nya terutamanya penglibatan semasa dia menjadi Menteri dan TPM dalam hubungan seks luar tabe'i atau penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pelbagai lagi.
Kita juga menghina Saiful Bukhari yang ditemani oleh bapanya di sisi kerana bersumpah laknat kononnya sumpah palsu. Kita juga menghina sumpah DS Najib terutamanya pembabitannya dengan kes Altantuya.
Kita lebih percaya Anwar Ibrahim sebagai agen dan barua Yahudi seolah-olah dia adalah 'jesus' atau menjadi 'Mahatma Ghandhi' kepada kita. Sebenar Anwar Ibrahim adalah Firaun dan 'Dajjal mata dua' yang merosakkan Islam, memburukkan sistem politik negara kita dan menjadikan Melayu sebagai bangsa pendatang di negara sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment