KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalukan-alukan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyertai pakatan pembangkang.
Katanya, terserah kepada Zaid menyertai Pakatan Rakyat dan kehadiran bekas menteri itu amat dialu-alukannya.
"Perkara ini dibincangkan dalam pakatan pembangkang dan ia terpulang kepada Zaid.
"Kita harap Zaid mengambil ini sebagai satu cabaran dan terjun ke gelanggang serta berkongsi prisip dan agenda perjuangan bersama-sama kami," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulas laporan akhbar mengenai Zaid yang dipecat daripada Umno, berkuat kuasa serta-merta berikutan beberapa tindakannya yang menyalahi Perlembagaan parti, khususnya kerana menghadiri Kongres Nasional PKR, baru-baru ini.
Anwar mendakwa pemecatan Zaid melambangkan sikap paling tidak toleransi kerana tiada salah seseorang itu mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak.
No comments:
Post a Comment