20081203

Polis ambil keterangan Soi Lek

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini memberi keterangan di Balai Polis Sunway, Subang kira-kira 45 minit berhubung kenyataannya mengenai Ketuanan Melayu.

Beliau berkata, keterangannya diambil bermula jam 9.15 pagi berhubung syarahannya bertajuk Perubahan Politik di `Kancil Speaker Series', Khamis lalu.

“Saya hanya memberi keterangan kepada pihak polis apa yang sebenarnya saya ucapkan dalam majlis itu kerana ia sudah diputar belitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa kenyataannya bukan mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu atau menafikan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com