Messages In This Digest (4 Messages)
- 1.
- 'Wakil rakyat, peguam, pemaju tipu kami' From: Azham Abdullah
- 2.
- Re: [sim] UJIKAJI : Sukatan berbeza antara stesen petrol From: Azham Abdullah
- 3.
- Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia From: Azham Abdullah
- 4.
- Re: [sim] MINTA SOKONGAN : Manisnya madu From: Azham Abdullah
Messages
- 1.
-
'Wakil rakyat, peguam, pemaju tipu kami'
Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com azham_917
Sun Dec 7, 2008 4:55 am (PST)
'Wakil rakyat, peguam, pemaju tipu kami'
Abdul Rahim Sabri | Dec 5, 08 8:01pm
Penduduk Kg Baru Plentong Tengah, yang dipaksa berpindah oleh sebuah syarikat pemaju hujung bulan ini, mendakwa mereka semua menjadi mangsa penipuan oleh beberapa pihak sehingga hilang hak memiliki tanah tersebut.
Dalam satu laporan polisnya kelmarin, jawatankuasa bertindak penduduk kampung itu mendakwa, pembelian tanah mereka pada 1968 telah diseleweng oleh wakil-wakil rakyat, dua peguam dan dua syarikat.
Setiausaha jawatankuasa itu Hassan Wan Ismail membuat aduan di balai polis daerah Johor Bahru pagi Rabu lalu, dengan ditemani oleh pengerusinya Kamarul Ariffin.
Selain mereka, ahli jawatankuasa PAS negeri Syed Othman Syed Abdullah bersama kira-kira 50 orang penduduk kampung turut hadir di balai berkenaan.
Menurut aduan itu, tanah di Lot 83 mukim Plentong dalam daerah Johor Bahru didakwa telah diserahkan oleh kerajaan negeri kepada sebuah syarikat swasta pada 11 September 40 tahun lalu walaupun penduduk memohonnya terlebih awal.
Seorang bekas wakil rakyat Tiram pula didakwa membawa seorang peguam untuk menipu wang pendahuluan untuk membeli tanah tersebut berjumlah RM417,307 milik 115 penduduk, laporan polis itu dipetik.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Kamarul mendakwa hingga kini penduduk tidak mendapat balik duit mereka itu.
Nasib penduduk Plentong Tengah hangat dibicarakan di media apabila mereka bertembung dengan polis sewaktu mempertahankan kira-kira 20 rumah yang cuba diruntuhkan oleh pihak berwajib.
Seramai 27 penduduk dan aktivis NGO ditahan polis selama kira-kira 10 jam kerana cuba menghalang kerja perobohan rumah itu.
Kampung tersebut, seluas 113 ekar, mula dibangunkan pada 1960-an dan didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.
Akhir Oktober lalu, pesuruhjaya kehakiman Datuk Hue Siew Kheng memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk berpindah dan mereka diberikan penempatan sementara di Taman Desa Mutiara, yang terletak kira-kira 20 minit dari kampung tersebut.
Dalam laporan polisnya, Hassan turut mendakwa pemimpin Umno cawangan kampung tersebut mengkhianati penduduk dengan menarik balik afidavit mereka daripada mahkamah tanpa persetujuan pada 28 Oktober lalu, sehari sebelum kes tersebut dibawa di depan Hue.
Menurut laporan itu, bekas wakil rakyat Tiram itu juga didakwa bersubahat mengarahkan 236 penduduk menyerahkan RM820,000 kepada sebuah lagi syarikat swasta sebagai transaksi awal pemilikan tanah.
Seorang peguam didakwa turut terbabit dalam penyelewengan wang ini, kata Hassan lagi.
Syarikat swasta itu, walaupun telah menerima wang penduduk berjumlah RM820,000, bagaimanapun didakwa menjual tanah Lot 83 mukim Plentong kepada syarikat pemaju lain.
Hassan menggesa polis menyiasat seorang lagi mantan wakil rakyat dan juga bekas exco kerajaan Johor yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat pemaju itu.
Aduan yang sama dibawa oleh Hassan dan Kamarul kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada hari yang sama.
Berhubung melalui perbualan pada profil rangkaian, blog atau mana-mana tapak web peribadi! Yahoo! membolehkan anda untuk IM dengan Pingbox. Cubalah ciri ini! http://my.messenger.yahoo.com/ pingbox/
- 2.
-
Re: [sim] UJIKAJI : Sukatan berbeza antara stesen petrol
Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com azham_917
Sun Dec 7, 2008 5:19 am (PST)
--- Pada Sab, 6/12/08, izuan kulop <baretha_iman@yahoo.com > menulis:
Daripada: izuan kulop <baretha_iman@yahoo.com >
Subjek: Re: [sim] UJIKAJI : Sukatan berbeza antara stesen petrol
Kepada: SahabatInteraktif@yahoogroups. com
Tarikh: Sabtu, 6 Disember, 2008, 6:44 PM
mengikut ckp lecturer aku (bekas engineer perodua bahagian QC)..ada seorang supplier yg selalu hantar brg kat perodua..supplier ni selalu calibrate meter sukatan stesen2 minyak ni...dia kata minyak petronas paling tak betul suktan dia..mmg tak menepati suktan yg ditetapkan.. .kita ni nk banggakan barangan buatan malaysia...tp macam kena tipu...korang rasa tertipu tak?
From: mr.hanif Aliya <mr.hanifaliya@ yahoo.com. my>
To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
Sent: Saturday, December 6, 2008 12:42:50 AM
Subject: Re: [sim] UJIKAJI : Sukatan berbeza antara stesen petrol
aku tau jawapan dia...
stesen minyak punye owner penipu org awam..
miter boleh set la...
zaman technologies semua boleh jadi....
tak pon ko bawak kes ni kat jabatan pengguna siap dengan bukti bergambar... .
amacam....
Daripada: Pak Long <nazr77@gmail. com>
Kepada: SIM <SahabatInteraktif@ yahoogroups. com>
Dihantar: Sabtu, 6 Disember, 2008 2:44:49
Subjek: [sim] UJIKAJI : Sukatan berbeza antara stesen petrol
cuba hangpa cari 5 botol air mineral yg sama bentuk dan saiz.
lepas tu hangpa p tiap tiap jenama stesen minyak di malaysia,petronas, shell,BHP, mobil dan esso.
tiap tiap jenama minyak hangpa isi rm1.
balik di rumah susun ke semua botol tersebut.
hasilnya,botol berisi minyak petronas paling sedikit.paling banyak di esso.yang lain balance.
macam mana boleh jadi begitu?? aku dah buat ujikaji ni 3 kali.hasil tetap sama.
bila aku isi minyak petronas cepat benor habis…berbanding minyak yang lain.
kenapa danmengapa?? ??
teman pun tak tau nak jawab !!!!!!
Adakah dia sedang menipu saya?
Ketahui jawapannya di Yahoo! Answers!
Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist.Muat turunnya sekarang.
http://malaysia.toolbar.yahoo. com/
- 3.
-
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com azham_917
Sun Dec 7, 2008 6:49 am (PST)
Any one cheated by these scam company can file their claim for money back through:
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna Kuala Lumpur,
Tingkat 16, Putra Place,
100, Jalan Putra,
50622 KUALA LUMPUR.
TEL: 03-4042 3058 /
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/
- 4.
-
Re: [sim] MINTA SOKONGAN : Manisnya madu
Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com azham_917
Sun Dec 7, 2008 8:16 am (PST)
Assalamualaikum..
Alhamdulillah....
....semakin menarik cerita yg ini, kerana seakan sama dgn pengalaman saya sendiri yg mahu saya ceritakan di sini. Saya mempunyai seorang abang angkat yg sangat rapat dengan saya yg saya kenali sejak tujuh tahun lalu di mana saya sudah anggap dia sekeluarga sebahagian keluarga saya sendiri. Abg angkat saya ini beristeri 3. Dan sememangnya sangat unik jika mahu dibandingkan dgn cerita2 yg selalu kita dengar drpd pasangan poligami yg lain2 tu. Kesemua isteri2 abg angkat saya ini boleh tinggal sebumbung dgn anak-anaknya semua sekali. Tidak pernah dengar dan tidak pernah nampak ada perselisihan faham. Malah isteri ke-duanya boleh sanggup menghantar isteri pertamanya pergi ke tempat kerja dan mengambil balik drpd kerja. Isteri pertama masih bekerja, manakala isteri ke-duanya sebagai suri-rumah. Isteri ke-tiganya sekarang tinggal berasingan bersama org tuanya kerana mahu menjaga org tuanya yg semakin uzur di rumah org tuanya sendiri. Abg angkat saya ini akan
bergilir-gilir tinggal di dua buah rumah tersebut. Yang uniknya mereka semua tidak pernah pun bertengkar atau berselisihan faham selama saya mengenalinya. Sedangkan dia pun bukanlah orang yang sangat kaya. Dulu pun dia org susah, sekarang ini agak senang sikit dgn tinggal di rumah sewa dan dgn kenderaannya sebuah Perodua Kembara serta beberapa buah motosikal untuk anak-anaknya.
Sememangnya saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada abg angkat saya ini di atas keistimewaannya itu.
Ya, boleh jadi kesemua isterinya mengharapkan kemanisan syurga di akhirat kelak... kepahitan di dunia ini sementara sahaja..
--- Pada Jum, 5/12/08, Ruzaihan Junit <abunaqibah@yahoo.com > menulis:
Daripada: Ruzaihan Junit <abunaqibah@yahoo.com >
Subjek: Re: [sim] MINTA SOKONGAN : Manisnya madu
Kepada: SahabatInteraktif@yahoogroups. com
Tarikh: Jumaat, 5 Disember, 2008, 11:14 AM
Assalamualaikum warahmatullah. ..
Kata orang, nak baik kena telan ubat yang pahit. Kalau nak syurga Allah pula, kenalah mujahadah. Mujahadah ni berbeza dalam banyak cara. Contoh macam orang miskin di India yang biasa berjalan kaki, kalau dia keluar pada jalan dengan berjalan kaki, itu tidak dikira mujahadah lagi kerana sudah menjadi biasa baginya. Yang mujahadah ialah baginya untuk mengeluarkan belanja pada jalan Allah. Dan pada orang kaya pula, mengeluarkan duit bukan lagi satu mujahadah sebaliknya, berjalan kaki ketika keluar pada jalan Allah adalah mujahadah yang lebih besar... Tapi yang pasti, dengan niat ikhlas, balasan syurga dari Allah adalah manis yang amat.
Ok. Poligami adalah pahit. Sangat pahit untuk ditelan. Tetapi syurga yang Allah janjikan amat manis. Itulah ubatnya kepada kepahitan bermadu. Ini juga mujahadah bagi puan. Melakukan sesuatu yang tidak sanggup lakukan semata-mata kerana Allah. Itukan satu mujahadah. Maka beterima kasihlah kepada suami puan kerana memberikan peluang untuk bermujahadah.
Saya ada ramai teman yang beristeri lebih dari satu. Kebanyakannya bahagia. Boleh kata semua yang saya kenal kecuali seorang. Tapi, orang yang tidak berpoligami pun belum tentu bahagia. Puan bayangkan, seorang teman saya selalu mengamalkan perubatan herba tradisional. Rapatnya isteri pertama dengan isteri keduanya sampaikan apabila teman saya ini hendak ke rumah isteri keduanya, isteri pertamanya boleh telefon isterinya dan memberi amaran "kau baik jaga-jaga. Abang dah siapkan ubat tuuu...". Ada banyak kisah lain tetapi kebanyakannya bukan saya lihat dengan mata sendiri. Cuma kesimpulannya, baik atau buruk sesuatu kejadian itu adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri...
Wassalamualaikum warahmatullah. ..
From: Nur Kasih Megat Alam <nurkasih_78@ ymail.com>
To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
Sent: Friday, December 5, 2008 9:25:02 AM
Subject: Re: [sim] MINTA SOKONGAN : Manisnya madu
rusaida,
minta sokongan dari allah,krn allah tempat kita bergantung.Jangan mengharapkan yg manis2 shj kerana setiap yg manis pasti ada pahitnya...
Itu fitrah kehidupan.Nak tak nak kita kena tempoh jua.Sya sarankan rusaida buat solat taubat,tahajud agar tabah dan tenang menghadapinya. Mengadulah pada allah, ingatlah kasih sayang sesama manusia tidak kekal selamanya.Ketahulia h allah mencambahkn benih2 cinta dn kasih sayang dlm diri manusia bkn semata2 utk mencintai dn mengasihi makhluk ciptaaNya shj kerana itu hanya jalan untuk kita mengenal erti cinta dan kasih sayang.Bila dah kenal nanti baru kita fahami apa itu erti cinta dn kasih sayang sebenarnya dn kpd siapa yg layak dipersembahkn. Waktu itu insyallah jiwa rusaida akn lebih tenang menghadapi apa jua dugaan dn rintangan.Renung2la h nasihat aqilah itu...baik pandangannya.
Semoga rusaida tabah menghadapinya. ..dunia ini sementara jangan harapakn yg terbaik shj utk kita.Lakukan semua ini kerana ALLAH...kerana ALLAH..bkn mengharapkan apa2 darinya...
Buat kaum ADAM sebaik2 wanita yg dinikahi ialah ISTERI PENYELAMAT SUAMI diakhirat kelak.Sesungguhnya wanita itu HIASAN DUNIA....
aqilah yusof <aqilahajib@yahoo. com> wrote:
askm Rusaida yang berhati mulia,
sy terbaca email dan ingin bkongsi krn sy juga bermadu dan sy isteri pertama. Manisnya madu pasti dpt dirasai, bahkan dinikmati bila kita sanggup menelan sesekali ianya pahit..namun pahit itu adalah ubat yg sgt membersihkan hati sehingga ia jadi satu sinar cahaya yg menerangi diri kita, suami kita, madu kita dan seluruh ahli keluarga.... tahniah krn saudari bersedia melangkah ke alam poligami yg sgt ditakuti wanita. namun hukum Tuhan ini bila kita perbetulkan niat, ia pasti membawa kebaikan dan cahaya yg menyinari hidup di dunia ini lagi dn lebih2 lagi d akhirat.
1. lakukan krn mahu mentaati Allah krn ini hukum ditetapkanNya
2. lakukan lah krn mahu mentaati suami krn ianya perintah Allah....kash syg antara suami isteri ini, Allah lah yg mengikat hati2 suami isteri. jika kita mentaati suami krn Allah, kamu akn dpt merasakan ia cukup berlainan dn cukup istimewa sekali.
3. Lakukankanlah dgn niat "menhidupkan sunnah Rasulullah saw yg bahkan umat Islam sendiri mencemuhnya. ." d akhir zaman ini, siapa menghidupkn sunnah Rasulullah saw, pahalanya adalah 100 kali pahala syahid.
4. lakukankanlah krn mahu menyelamatkan iman kita, iman suami dan iman bakal madu.
juga sokongan dn dokongan yg positif dari kwn2 akan sgt membantu krn kita perlu memperbetulkan cara berfikir dan berperasaan. ...yakinlah, bila kita membela agama Tuhan, Tuhan akan bela diri kita.
salam perjuangan dari
Aqilah Yusof
From: syaifful nizam ismail <s419812000@yahoo. com>
To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
Sent: Friday, December 5, 2008 2:51:49 AM
Subject: Re: [sim] MINTA SOKONGAN : Manisnya madu
salam,
bak kata p ramlee
isteri tua merajuk,
balik ke rumah isteri muda,
kalo dua-dua merajuk
ana......... ...
renung2kanlah
Regards,
Syaifful Nizam Bin Ismail
s419812000@yahoo. com
From: mawar alias <mawaralias@yahoo. com>
To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
Sent: Thursday, December 4, 2008 9:56:05 PM
Subject: Re: [sim] MINTA SOKONGAN : Manisnya madu
Taniah dan syabas saya ucapakan pada rusaida.
Puan adalah seorang yang berhati mulia. Bukan tak sakit kan bila suami nak kawin lain. Tapi kalau sudah suami mampu zahir dan batin rasanya memang sebagai seorang isteri rusaida harus membei laluan yang senang kepada suami.
InsyaAllah russaida akan perolehi payung emas. Mudahkan suami kerana lebih lama dia berkasihan lebih banyak dosa dia yang kesan nya juga kepada anak2 . Setiap perlakuan ibu bapa memberi kesan kepada akhlak anak2.
Rusaida dah jadi idola yang baik kepada anak2 kerana memahami keinginan suami dan menghormati hak dia sebangai seorang suami yang telah di lebihkan oleh Allah s.w.t dari kita wanita. InsyaAllah pasti ada kebaikan dari apa yang berlaku kiranya kita mencari kebaikan.
Banyakkan doa dan mohon kekuantan dan kesabaran dari Allah s.w.t
Waalahualam
--- On Thu, 4/12/08, rusaida_ry <rusaida_ry@yahoo. com> wrote:
From: rusaida_ry <rusaida_ry@yahoo. com>
Subject: [sim] MINTA SOKONGAN : Manisnya madu
To: "SIM" <SahabatInteraktif@ yahoogroups. com>
Date: Thursday, 4 December, 2008, 5:59 PM
Salam sahabat-sahabat SIM,
Suami saya ingin berkahwin lagi..skang sdg asik melayan asmara dgn
kekasihnya.. sy tk dpt melarang krn dia berkemampuan zahir dan
batin..sy bkn nk minta nasihat r pendapat tapi lebih kepada cerita2 r
kisah2 poligami yg manis manis sahaja supaya sy menjadi lapang dan
redha dgn kemahuan suami..
New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya sekarang.
Reka Pingbox eksklusif anda sendiri hari ini! Mudah untuk membuat ruang bual peribadi di blog anda. http://my.messenger.yahoo.com/ pingbox/
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment