20081208

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1744

Messages In This Digest (1 Message)

Message

1.

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin - Bahagian Pertama

Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com   azham_917

Sun Dec 7, 2008 9:06 am (PST)

Paparan saya, Tafsiran anda....

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin
Posted on Nov 23, 2008 under Ibadat |
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis.
Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu
hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh
dua tahun menjadi mufti.

Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana
buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah
perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti
sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah
apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam
menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang
haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat
iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu
ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara
menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun,
jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram,
tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan
oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan
membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga 'ketidak
fahaman' tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah
syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan
untuk mendapat 'nikmat seks' secara halal. Lebih menyedihkan apabila
kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan- kepentingan luar yang
bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan
kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi
memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf 'jenama
keluarga'.
Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin.
Maka bakal pengantin terpaksa mengikat 'nafsu seks' hanya kerana hendak
menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh,
namun memadailah dengan kadar yang termampu.
Tidak semestinya 'ditumbangkan' seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung
atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang itu mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi
s.a.w:

"Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing" (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee
pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan
yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya
sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; "kau dah ada lembu ke nak
buat kenduri?". Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya
ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: "kau dah ada pasangan ke?". Itulah
soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah.
Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai
pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang 'berjenama' dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan
ditinggalkan orang miskin.." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan
dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat
hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat
melihat betapa cantik dan indahnya
Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran
bakal pasangan, khususnya mereka yang masih muda agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini.
Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan
dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran
peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus
kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu
menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan
secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun
yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan
berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin
meningkat.

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin
agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah.
Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi
terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu
skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak
menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud
kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut "saya
nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah", lalu bakal suami menjawab:
"saya terima, atau saya bersetuju" atau mungkin ditambah "saya
terima
nikahnya" atau "saya bersetuju bernikah dengannya" seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi'i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut.
Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau
menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan
sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya
al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

"Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: "Nikahkan
sayadengan anak perempuan awak", lalu si bapa itu menjawab: "Aku nikahkan
engkau". Atau si bapa berkata kepada bakal suami: "bernikahlah dengan
anakperempuanku" . Lalu bakal suami menjawab: "aku nikahinya". Kedua
contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih
al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah
meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin
berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:"Nikahilah dia
denganku". Jawab Nabi s.a.w.: "Aku nikahkan engkau dengannya
bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu". (al-Mufassal, 6/87, Beirut:
Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia
berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad
Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj
Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata
Kepada Wali Perempuan: "Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan", lalu
dia menjawab: "Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian,
maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju,
atau terima".

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan
hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses
ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua
belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk
berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak
terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi
yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah
satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan
nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H)
menyebut:

"Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai
sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan".
(petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan
senang. Memadai jika bakal suami menjawab: "aku terima nikahnya".
Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak
membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas,
dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang
sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya
menyebut beramai-ramai 'sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan
buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Berhubung dengan pantas dengan lebih ramai rakan di blog dan tapak web peribadi anda? Buat Pingbox terkini anda hari ini! http://my.messenger.yahoo.com/pingbox/
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

Y! Messenger

Send pics quick

Share photos while

you IM friends.

Popular Y! Groups

Is your group one?

Check it out and

see.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
�      Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com     
�      Spa Q              - http://spa-q.blogspot.com     
�      Auto Insurance     - http://pdautoinsurance.blogspot.com     

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com