20081204

PAS sambut baik hasrat Ariff Shah

Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 4 Dis(Hrkh)- PAS Pulau Pinang mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dato' Ariff Shah Omar Shah benar-benar ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat di negeri ini bagi meneruskan agenda perjuangan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata sepatutnya Dato' Ariff Shah telah lama menyertai Pakatan Rakyat kerana beliau terkenal dengan sikap 'baik pekerti' di kalangan rakyat berbanding Adun Umno yang lain.

"PAS alu-alukan perpindahan parti oleh Dato' Ariff Shah tetapi mestilah berhati ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat yang nyata lebih mengutamakan hak rakyat yang ditindas oleh BN dulunya, " kata selepas di temui di majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada para Huffaz oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Seminar Komplek Penyayang.

Katanya, parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menolak jika ada Adun BN mahu melakukan pembaharuan di era 2009 nanti kerana Umno dan BN nyata gagal untuk menyelamatkan maruah umat Islam sendiri khususnya di negeri ini.

Jika Dato' Ariff Shah berani bertindak begitu maka Umno akan kehilangan satu kerusi menjadikan sepuluh kerusi semasa pilihanraya umum ke 12 Mac lepas, katanya.

"Tambahan lagi Dato' Ariff Shah mempunyai pertalian baik dengan semua masyarakat termasuk Adun Pakatan Rakyat di Dun Seberang Jaya.

"PAS yakin jika beliau tidak lari lagi( berpindah parti) beliau pasti kalah atau dicantas daripada terus menduduki kerusi Seberang Jaya kerana kerusi itu diintip oleh Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, Dato' Abdul Jalil Abdul Majid sejak pilihanraya umum lalu. Inilah masa terbaik untuk beliau menyertai Pakatan Rakyat, " tegasnya.-Hrkh_

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com