20081204

Zaid dipelawa sertai DAP

Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 4 Dis (Hrkh)- Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng memberitahu bahawa DAP membuka pintu seluas-luasnya kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim seandainya beliau berminat menyertai parti itu.

Kata Lim pergolakan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) makin parah ekoran pemecatan Dato' Zaid Ibrahim sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di mana tiada perkataan 'rujuk' jika beliau mahu kembali ke pangkuan Umno.

Beliau berkata demikian ketika dalam satu sidang media sejurus majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada para Huffaz Pulau Pinang di Komplek Penyayang semalam.

Kata Ketua Menteri itu, beliau hairan kenapa Umno bersikap demikian kepada ahlinya yang baik dan tidak pula bertindak memecat ahli yang ternyata melakukan rasuah dan didapati bersalah oleh mahkamah.

"Umno telah melakukan satu lagi kesilapan kerana membuang mutiara yang boleh menjadi aset kepada mana-mana parti yang dianggotai Zaid Ibrahim nanti.Bila ada orang baik Umno memang tidak berminat, " tegasnya.

Beliau percaya Zaid tidak rugi apa-apa sebaliknya akan lebih senang berada di luar Umno disebabkan terlalu ramai kepimpinan Umno tidak menyenangi sikap terbuka yang diamalkan oleh Zaid.

Sebagai seorang ahli politik katanya keperibadian dan sikap terbuka itu membuktikan kematangan kerana sanggup berada dalam majlis parti bukan kerajaan semata-mata kerana bersama-sama meraikan sesuatu majlis.

"Umno jelas tidak releven bertindak sehebat itu kononya ada ahli atau kepimpinan mereka berada dalam majlis bukan komponen BN. Sekarang ini rakyat boleh menilai sendiri apa yang terjadi, " tambah Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.-Hrkh _

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com