20081202

Umno negeri dengar penjelasan Jalil dan Arif

Umno Pulau Pinang akan mendengar penjelasan dua pemimpin kanan Umno Permatang Pauh - Datuk Abdul Jalil Majid dan Datuk Arif Shah Omar Shah - berhubung pertelagahan antara mereka.

azhar ibrahim"Saya sudah jumpa ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Majid semalam dan selepas ini saya akan jumpa Datuk Arif Shah Omar Shah (anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya)," katanya setiausaha Umno negeri itu, Datuk Azhar Ibrahim (foto), lapor Bernama.

Ditanya mengenai perjelasan Abdul Jalil dalam pertemuan dengannya semalam, Azhar berkata:

"Biarlah saya dengar penjelasan daripada Datuk Arif Shah dulu."

Baru-baru ini akhbar melaporkan bahawa Arif Shah kecewa dengan tindakan Abdul Jalil dan Umno bahagian itu yang seolah-olah mahu menamatkan kerjaya politiknya dalam Umno.

arif shah omar shahArif Shah (foto) yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu dilaporkan berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menyertai parti itu selepas mendakwa diketepikan oleh Abdul Jalil.

Arif Shah yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Seberang Jaya, kalah kepada Abdul Jalil dalam pemilihan jawatan ketua Umno bahagian Permatang Pauh, November lalu.

Manakala Abdul Jalil pula menafikan dakwaan Arif Shah bahawa beliau diketepikan oleh ketua bahagian tersebut.

abdul jalil abdul majidMengenai lapoaran yang Ariff dipelawa menyertai PKR, Abdul Jalil (foto) berkata, itu hak Adun Seberang Jaya untuk membuat keputusan kerana beliau "dia sudah matang".

Abdul Jalil juga meminta Arif Shah tidak menjadikan dirinya dan Umno Permatang Pauh sebagai penyebab atau alasan untuk menyertai pembangkang.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com