Dalam peruntukan ini ianya menyatakan sebarang perlakuan/persetubuhan di luar tabi'ei, yang dilakukan oleh sesiapapun. Ini adalah satu kesalahan "gross indecency".
Homoseksual juga adalah dalam ertikata yang tersebut. Tak kiralah, homoseksual ker, lesbian ker, apa sahaja bentuk yang sejenisnya adalah kesalahan jenayah di bawah 377B. Suka sama suka ker... kena paksa ker... boleh dituduh di bawah seksyen ini.
Homoseksual juga adalah dalam ertikata yang tersebut. Tak kiralah, homoseksual ker, lesbian ker, apa sahaja bentuk yang sejenisnya adalah kesalahan jenayah di bawah 377B. Suka sama suka ker... kena paksa ker... boleh dituduh di bawah seksyen ini.
Manakala 377C adalah 377B + paksaan (dalam suatu burden yang cukup tinggi melibatkan kecederaan dan kematian sebelum aktiviti homoseksual itu terlaksana)... Seksyen 377A pula menerangkan apakah yang ditafsirkan sebagai gross indecency itu. Dan kesalahan seperti yang dinyatakan di dalam 377A, samada Attempt (Cubaan) atau Kesalahan itu telah dilakukan hukumannya tetap sama dan bukannya separuh seperti lain-lain jenayah Attempt (Cubaan).
Maknakata, pendakwaan boleh meminda pertuduhan sekiranya mereka gagal membuktikan "apa-apa Kemasukan" telah berlaku. Kesalahan jenayah tersebut boleh dipinda/dianggap sebagai Cubaan/Attempt. Antara lain kesalahan bentuk sebegini adalah suatu kesalahan MENS REA (niat di kepala) nak melakukan homoseksual dan ACTUS REUS kesalahan itu cukup sebagai suatu form yang boleh menterjemahkan perlakuan gross indecency itu berlaku.
Justeru adalah amat jelas maksud seksyen ini adalah kegiatan homoseksual itu adalah suatu jenayah dalam undang-undang Malaysia. Dua orang lelaki yang duduk berduaan melakukan aktiviti saling lancap-melancap adalah melakukan suatu kegiatan jenayah homoseksual dan dikategorikan sebagai "gross indecency" dan boleh didakwa di bawah 377B. INI ADALAH UNDANG-UNDANG ANTI SODOMY.
No comments:
Post a Comment