Sekalipun pemblog dari parti pembangkang mendakwa mereka memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan media tetapi mereka sendiri membataskan penyiaran blog mereka dengan komen yang hanya menyokong mereka atau yang sependapat dengan mereka. Hanya sesekali mereka guna komen yang anti mereka.
Mereka akan menggunakan komen sokongan yang bersifat emosi, sentimen, marah, racist dan perkauman dalam hal hal yang mereka sendiri tidak mahu memperlihatkan sikap diri mereka yang keterlaluan, anti Islam dan anti Melayu. Ini kerap dilakukan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang sahabat karib Anwar Ibrahim (tetapi tidak pernah tinggal sebilik) .
Umpamanya yang terbaru beliau menyiarkan komen seorang bukan Melayu yang mensifatkan Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin ‘Kurang Ajar’ kerana menyertai tunjuk perasaan di hadapan pejabat Majlis Peguam membantah forum Memeluk Islam.
Komen itu merasa sedih kerana ' kita tidak boleh berbincang secara aman tetapi lebih sedih lagi kerana tindakan kurang ajar itu datang dari ahli Parlimen Keadilan Kulim’.
Inilah sepenuhnya komen Fucal dalam blog Lim Kit Siang For Malaysia yang dipos pada hari Sabtu: ‘Very sad we cant even do a discussion peacefuly but more sad was those act the rude were from keadilan MP for Kulim. Keadilan!!! Keadilan Umno samekah??.
Inilah hakikat sebenar yang tersirat didalam hati Lim Kit Siang sekalipun dia menyokong pemimpin besar PKR Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat. Sokongan ini sebenarnya lebih kerana kerajaan Malaysia mengharamkan liwat dan undang undang. Malaysia mentafsirkan liwat perbuatan jenayah tetapi di negara Barat ianya telah pun diiistiharkan sebagai hak kemanusiaan.
Dalam hal ini Lim Kit Siang juga menganggap Malaysia negara ‘gagal’ kerana tidak mengamalkan nilai nilai global. Lim Kit Siang adalah diantara kalangan orang Cina di Malaysia yang menderita perasaan rendah diri dengan orang putih. Dia adalah pengkagum pemimpin besar Singapura Lee Kuan Yew yang berjaya ‘memutihkan’ Singapura.
MAHARAJA BLOGGER
10 Ogos 2008
http://maharajablogger.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment