Kekalutan pilihanraya kecil Permatang Pauh bukan sahaja melanda Barisan Nasional tetapi juga cabaran besar bagi Anwar Ibrahim dan PKR-nya. Diselubungi pelbagai tuduhan termasuk meliwat pembantunya, Permatang Pauh adalah jalan liar untuk Anwar lari dari tuduhan itu.
Bagi Barisan Nasional, kekalutan utama dalam memilih calon telah selesai. Pemilihan Ariff Shah menyelesaikan kekusutan siapa yang akan diamanahkan menumbangkan "gergasi" besar. Sebagai satu-satunya calon Barisan Nasional yang berjaya menawan "kubu kuat" Anwar di Permatang Pauh, pemilihan beliau tidak dapat dipertikaikan.
Seperti kata seorang bekas orang kuat PKR, pilihanraya kecil ini adalah medan di mana Anwar melawan bebayang dirinya sendiri.
Anwar tahun-tahun 2000 bukan lagi Anwar Ibrahim yang menjadi idola anak-anak muda Melayu tahun-tahun 80an dan 90an. Beliau bukan lagi meletakkan keutamaan bangsa dan agama tetapi lebih memperjuangkan cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri selepas disingkirkan dari UMNO.
Anwar memerlukan kerusi Permatang Pauh untuk membuktikan pada dirinya sendiri beliau masih relevan dalam senario politik negara. Kekalahan Anwar akan membuktikan memang telah ditakdirkan kerusi Perdana Menteri bukan miliknya dan beliau perlu berundur.
Ini adalah medan Anwar, dan Permatang Pauh akan memastikan beliau menjadi atau mati dalam politik Malaysia. Cuma yang harus dikatakan ialah "adios Anwar" and que sera-sera.
No comments:
Post a Comment