20080819

Pakatan digesa hormati dasar PAS

Muktamar PAS yang berakhir hari ini meluluskan sebulat suara tiga usul, termasuk mendesak pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat supaya menghormati dasar perjuangan PAS dan tidak menimbulkan perkara-perkara sensitif yang boleh menjejaskan kerjasama tersebut.

Dalam usul memperkukuhkan Pakatan, ia juga turut menyokong pendirian presiden PAS mempertahankan dasar Islam dalam menjalin hubungan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Usul tersebut yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda Kuala Nerus, turut mendesak kepimpinan PAS berusaha memastikan kepentingan Islam dapat dipelihara dan dihormati dalam kerjasama politik yang dijalinkan.

Ia juga mahu kepimpinan PAS dapat memainkan peranan yang besar dalam menentukan dasar dan hala tuju parti kepimpinan Pakatan.

Kepimpinan PAS juga digesa berusaha menyampaikan dakwah dan kefahaman mengenai Islam kepada parti-parti Pakatan supaya tidak timbul kekeliruan terhadap dasar PAS dalam memperkukuhkan tahaluf siyasi.

Usul yang bertujuan untuk memperkukuhkan Pakatan itu juga mendesak PAS memperkukuhkan kerjasama dalam semua aspek dengan Pakatan dan menjadikan lima buah negeri kerajaan negeri Pakatan sebagai wasilah untuk pengukuhan kerjasama.

Muktamar juga turut meluluskan dua lagi usul mengenai keselamatan negara dan kedaulatan negara.

Usul keselamatan negara:

bullet button Mendesak kerajaan pusat supaya memperkemas undang-undang sedia ada dan memantapkan penguatkuasaannya bagi menyekat kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini.

bullet button Menggesa seluruh ahli PAS supaya bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha membanteras pendatang tanpa izin dan mengenalpasti pendatang tanpa izin yang telah didaftarkan sebagai pengundi di seluruh negara.

bullet button Mendesak pihak berwajib memastikan semua bentuk perndaftaran pendatang tanpa izin secara haram sama ada sebagai warga negara atau sebagai pengundi dihapuskan.

Usul kedaulatan negara:

bullet button Memperakui pandangan dua tokoh PAS, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy dan Prof Zulkifli Mohamed bahawa kedudukan Singapura di rantau ini adalah umpama kewujudan Israel di bumi Arab, dan Malaysia hendaklah mengambil sikap berjaga-jaga terhadap negara ini.

bullet button Mendesak kerajaan Malaysia supaya mengkaji semula dasar-dasar pelaburan di Wilayah Iskandar Malaysia terutama melibatkan pelaburan asing.

bullet button Menggesa kerajaan Malaysia bersikap tegas dalam merundingkan penyelesaian terhadap isu-isu tertunggak dengan Singapura.

bullet button Mendesak Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan supaya dapat memastikan wilayah Malaysia yang bersempadan dengan Singapura dikawal dan dipastikan ia tidak diceroboh oleh anasir-anasir dari Singapura.

bullet button Mendesak kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan supaya mempertingkatkan usaha-usaha mengkaji, menyelidik dan mengumpulkan dokumen sempadan bagi mengelakkan tuntutan ke atas wilayah Malaysia oleh negara jiran.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com