Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan sumpah laknat (mubahalah) 15 Ogos lalu dengan tujuan membuktikan dakwaannya diliwat oleh bekas majikannya itu adalah benar. Bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan Imam Ramlang Porigi menyaksikan upacara tersebut yang berlansung Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada pukul 6.25 petang. Dalam sumpahnya itu, Saiful dengan jelas dan terang menyebutkan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”. Ekoran upacara sumpah itu, pelbagai pihak telah memberikan pandangan yang bertentangan. Yang paling ketara tentulah datangnya daripada Mahaguru PAS iaitu Presidennya, Datuk Seri Haji Hadi Awang. Tatkala banyak orang melihat sumpah itu sebagai kesungguhan Saiful mempertahankan dakwaannya sehingga sanggup menerima bala dan laknat daripada Allah untuk diri, keluarga dan keturunannya, sekiranya sumpahnya itu tidak benar, Hadi menganggap tindakan itu sebagai bodoh. Kata ulama PAS itu, bersumpah dengan memegang kitab suci Al-Quran adalah meniru-niru amalan orang Kritian iaitu memegang bible ketika bersumpah. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula menyatakan kaedah itu betul, tetapi sumpah itu sendiri terpakai. Lebih hebat lagi, bekas Presiden Nampaknya, ‘rakan-rakan seperjuangan’ Anwar Ibrahim benar-benar sehaluan dengan beliau. Mereka lebih mengutamakan kaedah daripada hakikat. Pada hakikatnya, sumpah telah dilafazkan oleh Saiful dan beliau sudah terikat dengan sumpahnya itu. Sama ada beliau memegang atau menjunjung Al-Quran atau tidak memegang apa-apa sekalipun, sumpah telah dilafazkan. Dlam Islam, lafaz sangat dititikberatkan. Begitulah juga dalam hubungan rumah tangga. Tatkala sisuami melafazkan perkataan “cerai’ terhadap isterinya (dengan penuh kesedean dan tanpa paksaan) maka gugurlah perhubungan suami-isteri pasangan berkenaan. Talak sudah dijatuhkan. Sama ada ketika itu disuami membaca Bismillah, memegang Al-Quran atau tidak, hatta bersaksi atau tidak, talak tetap gugur. Dalam hal ini, mempertikaikan sama ada memegang Al-Quran atau sebaliknya bukanlah isunya. Isunya adalah talak telah gugur. Begitu juga dengan upacara ijab-qabul. Yang penting, ada pengantin lelaki dan perempuan (beragama Islam), wali, saksi dan mas kahwin serta lafaz ijab-kabul. Sama ada pengantin lelaki duduk di atas lantai, atas tilam atau bagaimana cara sekalipun, bukan persoalannya. Jadi, kenapa kaedah Saiful bersumpah yang menjadi persoalan dan pertikaian sekarang? Kenapa para ulama yang pro-Anwar Ibrahim tidak fokus kepada sumpah itu sendiri? Jika kaedah yang menjadi masalah, wajarlah ulama-ulama PAS, khususnya Hadi Awang membetulkan keadaan. Beliau boleh membetulkan kaedah dengan menasihatkan dan meminta Anwar sendiri, melaksanakan sumpah sedemikian. Anwar sendiri, tidak perlu tunggu perbicaraan di mahkamah baru nak bersumpah. Buatlah sumpah sekarang untuk ‘merbersihkan’ diri dan jangan berdolak-dalik lagi dan tidak perlu mengheret pihak-pihak lain khususnya dari luar Negara untuk menyatakan sokongan. Sokongan rakan-rakan dari luar mungkin berupa ‘sokong membawa rebah’ kerana mereka sendiri tidak mengetahui selok-belok mengenai Anwar. Lagipun bersumpah ini adalah ikatan peribadi di antara yang bersumpah dengan Allah yang maha esa. Setelah bersumpah, bermakna kita berserah kepada Allah dan apabila menyerahkan kepada Allah untuk mendapat perhitungan daqripadaNya, tidaklah perlu lagi meraih sokongan daripada manusia yang sama-sama lemah atau lebih lemah daripada kita. Jika tidak berpuashati dengan kaedah Saiful, ajaklah beliau bersama mengulangi sumpahnya mengikut kaedah yang betul itu. Ulama-ulama PAS dan PKR juga boleh menjadi saksi. Asal jangan dibawa ulama DAP sudahlah… Hentikanlah bercakap mengenai kaedah, tetapi beri penekanan kepada niat dan lafaz kerana jika dipanjangkan mengenai kaedah, renungkanlah ulasan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali iaitu: “Yang penting saya saksikan sendiri lafaz sumpah itu dan ia menepati syariat Islam. Mana-mana pihak yang ragu-ragu, saya malas nak komen, mungkin mereka lebih pandai.” - 20/8/2008
No comments:
Post a Comment