20080821

Rocky, Polis dan Syed Hamid Albar

Laman blog Rocky's Bru mungkin merupakan blog yang pertama menyebarkan berita ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin telah di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mengadakan tunjuk perasaan dihadapan Majlis Peguam kerana membantah forum Memeluk Islam. Ini berasaskan berita itu dikemaskini pada 3 pagi 10 Ogos 2008.

Timbalan Ketua Polis Negara ,Tan Sri Ismail Omar menyifatkan berita itu sebagai khabar angin semata mata yang merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh pihak yang ada kepentingan tertentu. Jelas Rocky adalah salah seorang yang tidak bertanggungjawab. Sebelumnya dia juga telah menyiarkan gambar bendera Malaysia terbalik dan dia cuba menafikan bersubahat setelah dikecam dan dihina oleh beberapa orang pemblog lain.

Kita percaya Rocky akan dipanggil polis, disiasat tetapi lepas itu dia dibebaskan. Kemudian kita akan melihat tindakan polis macam kura kura berjalan. Orang ramai bandingkan dengan ketegasan Singapura dalam soal seperti ini dan ketawa sendirian. Orang hilang kepercayaan kepada polis dan kerajaan kerana telah berkali kali melihat sandiwara seperti ini.

Sebelum ini juga tersebar berita menerusi SMS mendakwa Anwar Ibrahim pemimpin PKR di ditahan dibawah ISA. Penyebaran ini tentunya dilakukan oleh orang yang bersimpati dengan Anwar untuk membangkitkan simpati terhadapnnya atau menimbulkan prasangka bahawa kerajaan tidak mempunyai bukti mengenai tuduhan liwat terhadap Anwar.

Tetapi apakah tujuan penyebaran berita penahanan wakil Parlimen Kulim-Bandar di bawah ISA? Zulkifli sendiri berada dalam keadaan dilema sekarang kerana Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali meanggap perbuatannya menyerbu masuk kedalam forum anjuran Majlis Peguam itu dan menggunakan bahasa kasar adalah tidak wajar.

PKR mahu membincangkan tindakan terhadap Zulkifli.PKR memang perlu melakukan ini untuk menjaga perasaan “Malaysian Malaysia” Lim Kit Siang yang tidak mahu Islam berada pada kedudukan istemewa dan blognya telah pun mensifatkan Zulkifli “kurang ajar”. Kepada PKR perasaan Lim Kit Siang adalah lebih penting dari perasaan orang Melayu dan Islam.

Yang menjadi persoalan ialah apakah tujuan Rocky menjadi orang yang pertama menyiarkan berita yang tidak sah itu? Apakah blog atau portal berita di Malaysia sekarang bebas sekali untuk menyiarkan berita sekalipun yang ada kena mengena dengan kepentingan keselamatan negara? .Undang undang untuk tindakan terhadap penyebar kabar angin yang merbahaya ada tetapi telah terbukti pihak polis bagitu lemah dalam menangani isu ini.

Ini terbukti dalam cara polis mengendalikan pembelog Raja Petra Kamaruddin yang membuat pembohongan demi pembohongan, yang membuat kegemparan dengan berita berita palsu yang terang terang mengancam kestabilan negara, yang pada perhatian orang waras sudah layak untuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan tidak perlu dibicarakan lagi. Dia adalah penjenayah siber di Malaysia.

Orang ramai yang selama ini menyokong kerajaan yang telah menunjukan kekecewaan mereka dalam pilihanraya lalu semakin kecewa kerana melihat polis hilang kuasa dan terpaksa menyesuaikan diri dengan dasar kerajaan yang lembek dan Menteri Dalam Negeri juga terlihat lebih banyak “gempak”.

Mungkin Menteri juga terbawa dalam arus kepercayaan kepada gambaran palsu kekuatan blogers dan mempunyai persepsi yang mereka ini berpengaruh. Persepsi inilah yang menyebabkan kerajaan tidak lagi dapat mengenali dimana kekuatan dan dimana kelemahannya.

Inilah sebenarnya yang menyebabkan pengundi pengundi tradisi lari dari BN dan khususnya UMNO dalam pilihanraya lalu dan jika Syed Hamid Albar percaya orang masih percaya dengan gempak gempaknya akan bertindak terhadap mereka yang telah terbukti membahayakan kestabilan dan keselamatan negera maka beliau akan terpaksa membayar harga yang sangat mahal bagi kedudukannya dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Kota Tinggi kelak dan seterusnya dalam kedudukan pada Disember akan datang.

Mungkin masih belum terlalu lewat untuk beliau sedar dan insaf.

MAHARAJA BLOGGER
12 Ogos 2008
http://maharajablogger.blogspot.com/

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com