20080813

ANAK MENANTU

Isu menantu: Nik Aziz sedia bantu siasatan BPR

KOTA BHARU 6 Ogos - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia memberi kerjasama penuh jika Badan Pencegah Rasuah (BPR) mahu menyiasat pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Beliau berkata, kerajaan pimpinannya mengamalkan sikap terbuka dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada BPR untuk menjalankan tugas menyiasat sebarang salah laku terhadap sesiapa sahaja.

"Tak apa, saya terbuka kepada BPR untuk siasat saya sendiri, menantu, anak dan pegawai, cuma kita berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan media hari ini bahawa BPR mungkin menjalankan siasatan tentang pelantikan seorang pegawai kanan PMBK.

Pengarah BPR Kelantan, Mohd. Jaafar Hussein berkata, pihaknya menerima surat layang yang turut disebarkan kepada pihak media berhubung perkara itu dan sedang mengkaji kebenaran isi kandungannya yang menyentuh mengenai kronisme serta salah guna kuasa sebelum mengambil tindakan lanjut.

SEBELUM INI...

Ia turut mempertikaikan pendirian Pas yang sebelum ini bersungguh-sungguh menentang pembabitan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

ULASAN : UDAH MALEH TEMAN NAK NGULEH...SAME AJE! DUA KALI LIMA! DUA-DUA MAU KASI TUKAR!

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com