20080818

Anwar Dakwa BN Akan Guna Dua Strategi Untuk Kurangkan Undi Majoritinya

BUKIT MERTAJAM, 16 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa Barisan Nasional(BN) akan menggunakan dua strategi kotor bagi mengurangkan undi majoritinya pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

BN akan berkempen dari rumah ke rumah meminta para penduduk di Permatang Pauh agar tidak keluar mengundi pada 26 Ogos ini kerana kononnya beliau telahpun menang pada pilihan raya kecil itu, katanya semasa berucap pada majlis jamuan petang di Kampung Bagan Serai di sini hari ini.

"Selain itu, BN juga akan memberi RM500 kepada para pengundi supaya tidak mengundi Anwar Ibrahim.

Pesan saya, ambil itu duit RM500 tapi bila undi diam-diam kasi pangkah saya," katanya sambil disambut gelak-ketawa hampir 100 penduduk kampung yang majoritinya terdiri daripada pengundi India.

Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat bahawa "hari ini bentuk kerajaan, esok harga minyak turun RM0.70" serta akan membebaskan kesemua lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini ditahan di Kem Kamunting, Taiping sebaik Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

"Sebagai seorang Islam, jika hari ini Pakatan Rakyat bentuk kerajaan, esok juga semua tahanan ISA yang beragama Islam akan dibebaskan juga," katanya.

Pilihan raya kecil 26 Ogos menyaksikan pertandingan tiga penjuru diantara Anwar, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat.

-- BERNAMA

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com