Messages In This Digest (2 Messages)
- 1.
- Nik Aziz: Islam larang kempen malukan orang From: mr nobody
- 2.
- Perlakuan lucah Puteri di Permatang Pauh dikesali From: mr nobody
Messages
- 1.
-
Nik Aziz: Islam larang kempen malukan orang
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Sun Aug 17, 2008 3:00 am (PDT)
Nik Aziz: Islam larang kempen malukan orang
Muda Mohd Noor | Aug 17, 08 2:38pm
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, berkempen dengan
memalukan orang lain tidak dibenarkan dalam Islam.
"Orang tidak boleh menggunakan masalah peribadi untuk berkempen tetapi kena lawan dasar antara PAS dan Umno.
"Yang
bawa cerita sumpah pada hari penamaan calon, apa dia? Tidak ada cara
lain lagi untuk berkempen?" katanya dalam sidang media di muktamar ke
54 PAS di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.
Menteri besar
Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya tindakan pihak tertentu
yang dikatakan berkempen secara tidak sihat dalam pilihanraya kecil
Parlimen Permatang Pauh.
Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di masjid Wilayah Persekutuan, Jumaat lalu, mendakwa beliau telah
diliwat secara tidak rela oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nik Aziz berkata, sumpah orang Islam dengan meletakkan Quran di atas kepala dan bukannya di atas tangan.
"Sumpah seperti itu (letak kitab atas tangan) adalah meniru amalan orang Kristian. Ini karut.
"Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi, " katanya.
Muzakarah dengan Umno
Serentak itu, beliau mendakwa sumpah yang dibuat oleh Saiful itu dilakukan oleh pihak Umno.
Menteri Besar Kelantan itu berharap Anwar menang dalam pilihanraya kecil nanti.
Ketika
ditanya pandangannya mengenai muzakarah dengan Umno, Nik Aziz berkata,
PAS akan memberitahu pemimpin parti itu mengapa menerima Islam separuh,
terima kufur separuh.
"Saya nak jumpa supaya Umno tidak terus
menerima Islam separuh sahaja kerana jika Umno tidak ada, Islam menjadi
lebih baik di bawah PAS.
"Kerana muzakarah bukan hendak
membincangkan mengenai kerusi atau kementerian tetapi bagaimana hendak
berdepan Allah di hari akhirat kelak," katanya.
Mengenai
golongan ulama dan profesional dalam PAS, menteri besar Kelantan itu,
berkata, kerana dalam Islam, kedua-dua mereka adalah sama.
Sementara
itu dalam ucapannya di muktamar hari ini, Nik Aziz berkata, beliau mahu
Pakatan Rakyat diperkukuhkan supaya dapat membuka pintu hati orang
bukan Islam menerima pemerintahan Islam.
"Kalau kita sayang Umno
kita tarik orang Melayu yang muda-muda dalam Umno supaya masuk PAS
tetapi orang tua, orang kaya dan menteri biarlah di situ," katanya.
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/
- 2.
-
Perlakuan lucah Puteri di Permatang Pauh dikesali
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Sun Aug 17, 2008 3:01 am (PDT)
Ahad 17 Ogos 2008 | 14 Sha'ban 1429 Hijrah
Perlakuan lucah Puteri di Permatang Pauh dikesali
Mohd Nor Yahya | Foto Nasir Sudin
Sun | Aug 17, 08 | 1:40:49 pm MYT
IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tindakan anggota Puteri Umno membuat laporan
polis kononnya ada orang merabanya dianggap sengaja dilakukan bagi
menutup perlakuan lucah mereka.
Semasa perarakan calon semalam ada di antara mereka yang menunjukkan
perlakuan lucah dengan menunggeng punggung dan bermacam-macam lagi.
Gelagat dan tingkah laku anggota puteri dan pemuda Umno dirakam
jurugambar media biar pun perkara itu cuba disembunyikan media
elektronik.
Mengulas perkara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz
Nik Mat berkata, anak-anak muda dalam Umno cuba mempersendakan Dato'
Seri Anwar Ibrahim, biar pun dakwaan kes itu masih dibicarakan di
mahkamah.
"Anak-anak muda dalam Umno telah dipengaruhi pimpinan mereka seolah-olah
mahu menghukumkan Anwar. Mereka sengaja berniat jahat kerana di Malaysia
seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum mahkamah
memutuskannya.
"Bukan cara untuk kita membuat kempen begitu. Ini merupakan seolah-olah
serangan peribadi yang tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau ketika
ditemui di muktamar hari ini.
Menurutnya tindakan mereka ini seolah-olah telah membuat hukuman sendiri
terhadap Anwar dan ia merupakan satu tindakan jahat.
"Saya berharap Pakatan Rakyat tidak mengikut rentak mereka dalam membuat
serangan peribadi. Jangan cepat melatah dengan kempen mereka," katanya
lagi.
Malah kata beliau pernah berlaku d zaman Rasullullah saw, baginda
mengadakan acara bergusti dengan ahli gusti Arab, Abu Dardar di mana
katanya dia tidak akan menerima Islam kecuali baginda dapat
mengalahkannya.
Akhirnya Nabi Muhammad saw menyahut cabaran tersebut dan baginda menang
sehingga Abu Dardar memeluk Islam.
"Ini menggambarkan Islam boleh berada di mana-mana keadaan. Begitu juga
di Permatang Pauh. Oleh itu kita tetap memberi sokongan padu kepada
Anwar.
"Semoga kemenangan Anwar akan membuat perubahan yang jelas di Dewan
Rakyat nanti," ujarnya.
Biar apa halangan pun kata beliau PAS tetap menyokong Anwar di
Permatang Pauh. - mj _
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment