SAYA merujuk kepada pendapat, "Serabut tengok dunia politik sekarang'' (MStar, 28 Julai 2008). Sebagai pemerhati di luar lingkaran politik, saya turut berpendapat sama seperti penulis, Thinker - Malaysia bahawa kita hanya dapat `menggeleng kepala' melihat semua sandiwara ahli-ahli politik.
Cakap-cakap di warung dan kedai sudah kedengaran: "Saya tidak tahu nak percaya siapa (ahli politik) lagi''. Ada kebenarannya. Ini kerana, ahli-ahli politik berjaya mempengaruhi rakyat termasuk penyokong mereka dengan manifesto parti masing-masing.
Mereka yang fanatik terhadap sesetengah pemimpin itu adalah umpama bidak dalam satu permainan catur.
Tidak boleh disangkal mereka dikorbankan terlebih dahulu agar nyawa hulubalang dan pemimpin atasan dipertahankan? Mereka menjadi alat permainan politik.
Sehubungan itu, ketika dunia politik berserabut, jangan biar fikiran kita berkecamuk. Kita perlu berfikiran waras untuk memahami hala tuju serta perjuangan sebenar sesetengah ahli politik itu.
Adakah mereka kemaruk kuasa politik atau benar-benar ingin menjaga kebajikan rakyat? Tepuk dada tanya selera.
Dalam konteks ini, marilah kita mengingat kembali kisah gembala kambing dan harimau.
Gembala itu pada mulanya memperdayakan penduduk kampung dengan ancaman harimau terhadap haiwan-haiwan ternakannya. Akhirnya, penduduk kampung tidak mengendahkan gembala itu yang meminta tolong apabila harimau muncul lalu membaham kambingnya.
Seelok-eloknya sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu. Namun, suara kebenaran akhirnya menyentakkan kita daripada lamunan.
Kita perlu akur bahawa kekuatan seseorang ahli politik adalah berdasarkan sokongan rakyat terhadapnya. Jika kita memilih ahli politik dengan bijak - tanpa digula-gulakan atau terpengaruh dengan manifesto parti - nescaya kita dapat menguraikan keserabutan dunia politik sekarang.
Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls; Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...
20080813
Fanatik pada pemimpin seperti bidak dalam satu permainan catur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment