20080813

Polis siasat ADUN pengarah ditampar pegawai BPR

KOTA BAHARU: Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Pengarah Perikanan Kelantan Abdullah Jaafar yang mendakwa dirinya telah ditampar oleh pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika dalam tahanan reman agensi itu sebelum dibebaskan kelmarin, kata Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Zahruddin Abdullah.

"Apabila laporan polis dibuat, tidak kira oleh sesiapa atau melibatkan mana-mana pihak, kita akan siasat mengikut prosedur.

"Bagaimanapun kita sedang menunggu perintah arahan siasatan sebelum bertindak memanggil mana-mana saksi untuk mendapatkan keterangan dan kita dan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Abdullah mendakwa dipukul pada kedua-dua belah telinganya oleh pegawai penyiasat BPR terbabit ketika dia disoal siasat berhubung dakwaan kes rasuah yang dihadapiya selepas di tahan 5 Ogos alu.

Sementara itu Zahruddin berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim di sini bakal beroperasi di tempat baru iaitu di Pengkalan Chepa yang telah siap sepenuhnya pembinaannya dengan kos RM33 juta.

Pembinaan IPD tersebut adalah bagi menggantikan IPD lama yang berusia hampir 45 tahun selaras dengan laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diumumkan pada 2005.

Zahruddin berkata pembinaan IPD baru berkenaan disifatkan sebagai termoden dan terkini bersesuaian dengan pembangunan sekitar tapak yang telah dibangunkan itu.

"IPD yang baru ini bukan sahaja menerapkan ciri yang moden dan terkini tetapi ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan baru seperti dewan serbaguna, bilik bacaan, surau, tadika, bilik menyimpan peluru dan bilik PERKEP beserta juga bilik jenazah," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Kompleks IPD Kota Baharu itu oleh Syarikat Pembinaan BLT Sdn Bhd kepada PDRM di sini hari ini.

Beliau berkata dengan pembinaan IPD di atas tanah seluas 2.50 hektar itu, ia juga diharap akan meningkatkan prestasi anggota PDRM untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik bersesuaian dengan keadaan persekitaran tempat kerja yang lebih baik dan selesa. BERNAMA

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com