20080813

15 Krew Harakah buat liputan Muktamar PAS di Ipoh

Harakahdaily
Wed | Aug 13, 08 | 10:19:25 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Seramai 15 krew Harakah termasuk Harakhdaily bertolak ke Ipoh petang ini untuk membuat liputan dan laporan khas Muktamar Tahunan PAS kali ke-54 mulai malam ini.

Mereka yang diketuai Pengarangnya, Taufek Yahya bersama Pengarang Berita, Tarmizi Mohd Jam memulakan tugasan malam ini, melaporkan acara perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh, jam 8.30 malam.

Ia kemudian diikuti laporan perasmian Muktamar Dewan Ulama dan Muslimat PAS Pusat yang akan diadakan esok, 14 Ogos. Muktamar Dewan Ulama disempurnakan di Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) bersebelahan Masjid Negeri dan Muktamar Dewan Muslimat akan dilangsungkan di Hotel Hillcity, Simpang Pulai.

Sementara acara kemuncak, Muktamar Tahunan PAS Pusat yang bermula di Stadium Tertutup Indera Mulia akan berlangsung Jumaat ini, 15 Ogos. Beberapa tetamu dari gerakan Islam luar negara dijangka akan bertandang ke muktamar kali ini disamping kebanjiran ahli-ahli Kelab Penyokong PAS dari seluruh negara.

Liputan berita akan disiarkan melalui Harakahdaily setiap hari dan Harakah cetak untuk edisi Isnin, 18 Ogos akan datang. Hari ini, Harakah cetak edisi Jumaat yang merupakan naskah sulung untuk keluaran dua kali seminggu siap dicetak dan esok akan berada di pasaran seluruh negara.

Naskah edisi Jumaat yang berwajah baru dengan harga RM2 akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sejurus selepas selesai Ucapan Dasar Presiden, 15 Ogos, Jumaat ini. - tmj/mks._

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com