20080813

CALON WANITA?

Calon wanita paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh kerana ia mudah diterima oleh pengundi termasuk golongan lelaki.

Semalam, bekas ketua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Ahmad Saad mendakwa Umno ketandusan calon yang sesuai untuk menentang bekas timbalan perdana menteri itu. (READ MORE HERE)

Datuk Jahara Hamid (Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang) kata :

"Wanita gigih, tidak mudah mengalah dan berputus asa dan kerana itu ia amat sesuai untuk menentang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kami (pergerakan Wanita) mempunyai calon wanita yang memenuhi ciri-ciri tersebut"

Datuk Ahmad Saad (Bekas Orang Kuat Anwar) kata :

"Umno ketandusan calon yang sesuai untuk menentang bekas timbalan perdana menteri itu.Beberapa nama yang disebut menjadi calon, sebenarnya tidak mencapai standard untuk mencabar Anwar"

Desperado kata :

Hah! Wanita dah bersuara...ada berani mau letak ka? Kalau ikut jalan ceritanya... lelaki memang mudah tewas dengan wanita...Ustaz Pirdaus pun kalah dengan wanita (Wan Azizah) dua kali! Tapi Uncle Anwar ni, ngan wanita mau ke dia....... mengalah?

Wallahualam...

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com